[Close x]

Akhirnya Punca Sebenar Remaja Yang Maut Ditikam Semasa Bersilat Dikenal PASTI

LABUAN 20 Dis. - Seorang pesilat remaja maut selepas terkena tikaman keris secara tidak sengaja oleh rakannya ketika membuat pertunjukan dalam kenduri perkahwinan di Kampung Patau-Patau Satu, di sini semalam.
Mohd. Amil Zulqarnain

Kejadian malang yang menimpa mang­sa, Mohd. Amil Zulqarnain Jafar, 17, berlaku kira-kira 11.30 pagi apabila keris yang dipegang rakan pesilatnya tertusuk di dada.

Difahamkan, rakan pesilat mangsa itu adalah sepupunya.

Bapa mangsa, Jafar Bugal berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika kejadian, beliau yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Kanan Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan sedang dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

“Saya cukup terkejut apabila menerima perkhabaran ini sebelum bergegas ke Hospital Labuan untuk melihat keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jafar berkata, mang­sa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu memang meminati aktiviti seni mempertahankan diri sejak berusia 13 tahun lagi.

Katanya, Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakan-­rakan yang merupakan ahli Persatuan Seni Silat Gayung Kompleks Sukan Labuan sering diundang membuat persembahan silat dalam majlis-majlis tertentu termasuk kenduri perkahwinan.

“Walaupun reda dengan pemergian arwah, kami sekeluarga sedikit terkilan apabila persembahan Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakannya semalam menggunakan keris sebenar.

“Selama ini, setiap kali persembahan mereka tidak menggunakan keris sebenar. Namun, saya akan bertanya jurulatih mereka mengapa keputusan itu (menggunakan keris) dibuat,” katanya.

Jelas Jafar, bedah siasat sedang dilakukan di Hospital Labuan dan mayat anak kesayangannya itu akan dibawa ke Surau Kampung Sungai Bangat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Bangat, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintenden Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan mangsa dikatakan meninggal dunia di Hospital Labuan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Kese­k­saan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pesilat-maut-tertusuk-keris-1.171271#sthash.oW6Tkxdl.dpuf

Read more…

Cerita Sebenar Wanita Yang Kematian 99 Orang Suami Selepas Malam Pertama. Masha'Allah ...

Legenda Melayu Cik Siti Jalang: 99 Suami Meninggal Selepas Malam Pertama
Legenda Melayu Cik Siti jalang: 99 Suami Meninggal Selepas Malam Pertama|Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya,sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami.

Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat.

Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka sesiapa saja lelaki yang kahwin dengan cik siti akan mati.

Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang....
Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan dimana Laksmana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang di sebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama ( Laksmana Bentan ), akibat kemurkaan sultan, perut Dang Anum telah dibelah hidup2 dan juga menyebabkan seorang laksmana yang patuh kepada sultan telah bertukar menjadi murka membunuh baginda. Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah di sumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman.

Pernah di filemkan dengan tajuk sanggul beracun

Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.

Read more…

PANAS!! Fasha Sandha baru UPLOAD BUKTI kes cerai dengan Jejai?

 
Berita lama

Fasha Sandha: Sukarnya Kahwin Tanpa Restu Kelurga

Kesian aktres cun kita ni. Belum kahwin banyak gosip. Sejurus lepas kahwin orang masih bergosip mengapa ibu pengantin lelaki tidak hadir perkahwinannya. Lalu timbullah andaian bahwa ia perkahwinan yang tak direstui keluarga lelaki.Pasti sukar menghadapi perkahwinan yang tak direstui keluarga. Kisah perceraian Rita Rudiani dan Aidil Zafuan adalah antara antara contoh perit dan klasik sebuah perkahwinan yang tak direstui keluarga.Tapi apakah benar perkahwinan Fasha dan Jejai tak direstui keluarga? Ini jawapan Fasha

PETALING JAYA-pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepadamStar Onlineketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.

Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.

Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.

-----------------------------------------

Rayqal tak perlu 2 ibu

Tidak berdendam atau membenci sebaliknya luka lama yang masih belum sembuh membuatkan aktres dan pengacara comel Nora Danish masih belum bersedia untuk berkongsi kasih anaknya Rayqal dengan wanita lain.


Umum semua sudah mengetahui tentang hubungan cinta aktres popular Fasha Sandha dengan bekas suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) , namun itu bukanlah lesen untuk Fasha mendekati permata hatinya itu.

"Saya masih lagi berpegang dengan kata-kata lalu. Walaupun dia sekarang bersama Jejai, tapi saya berharap dia tak perlulah jumpa-jumpa anak saya atau teringin nak jadi ibu kepada anak saya.

"Lagipun saya tak fikir anak saya perlukan ibu tiri atau apa. Mungkin nampak saya kuat tapi tidak sebenarnya. Kalau dia dah rajin beli barang mainan kanak-kanak sebagai persediaannya untuk menjadi ibu baguslah buat diri dia," katanya ketika diminta mengulas mengenai gosip yang disiarkan di ruangan Murai Batu tentang kehadiran Fasha Sandha di sebuah kedai permainan kanak-kanak yang mana ia menjadi pilihan kekasih hati Fasha, Jejai untuk membeli barang mainan anaknya.

Nora yang kelihatan sedikit kurus ditemui pada majlis pelancaran program Kamilah Bintang pagi tadi, tidak menolak sekiranya masa depan keadaan tersebut bertukar menjadi sebaliknya.

"Sekiranya mereka berkahwin, itu saya tak tahulah. Mungkin keadaan akan bertukar menjadi lain pula. Tapi kalau pada masa sekarang, memangnya saya tak akan mengizinkan dia untuk berjumpa atau berhubung dengan anak saya,"jelasnya dengan nada tegas.

Tidak bermusuh dengan Jejai demi anak, Nora berharap prinsipnya itu tidak diganggu.
Mengulas mengenai aktiviti hariannya kini, aktres berusia 28 tahun itu kini sibuk mengambil kelas yoga dan pilates semata-mata ingin mengembalikan kecerdasan kesihatannya yang dilihat semakin menurun.

"Saya tak cukup tidur kerana sibuk dengan kerja serta sibuk menjaga anak, jadi badan dah tak bermaya dan tak sihat. Cepat penat dan semua ini menganggu diri saya. Tapi alhamdulillah sekarang setelah memasuki kelas Yoga dan Pilates semuanya berubah. Malah saya juga berbasikal pada setiap petang," ucapnya.

Mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan kerja seniya, Nora berkongsi pengalamannya berlakon bersama seekor katak bagi menjayakan watak Qistina dalam drama Putera Katak.

"Tiga bulan saya bersama katak tu, memang tak percaya. Saya seorang yang geli dan memang tak suka katak. Bayangkan saya terpaksa cium katak tersebut, mula-mula memang tak tahan. Lama-lama saya sendiri rasa sayang pada katak itu," katanya.

Read more…

Bekas Isteri Dato Jamal Akhirnya TERPAKSA Jujur Dedah Sikap Dato Jamal Yang SEBENAR

Tengah bukak2 fail cari dokumen, terjumpa ni pulak! Oklah tu buat kenangan – Bekas Isteri Pertama Jamal Abdillah:
Hahaha....Zaman gonjeng! Tengah bukak2 fail cari dokumen, terjumpa ni pulak! Oklah tu buat kenangan... 070788

Begitulah status yang telah dikemaskini dalam instagram bekas isteri pertama Dato Jamal Abdillah.

Hensemnya....

Dee atau nama sebenarnya Basariah Abdul Latiff adalah Bekas isteri pertamanya dulu. Jamal sepanjang yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang cukup baik serta penyayang.

"Malah, dia juga seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab, pandai menghormati orang, tidak pandai bercakap hal orang, caring serta romantik. Sayangnya dia sering disalah-ertikan.

"Mungkin sebab dia selalu tampilkan dirinya sebagai seorang yang dingin serta tidak mudah didekati, jadi ramai yang salah faham terhadap dia. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Dia selalu rasa rendah diri.
 
Gambar Terkini Dee

"Maklumlah sebab semua orang tahu dia selama ini berhadapan dengan masalah dadah. Jadi, setiap kali berhadapan masyarakat, dia selalu tidak pasti tentang penerimaan orang terhadap dirinya. Sama ada orang itu suka atau sebaliknya atau berpura-pura dengannya.

"Tapi, percayalah kalau anda berusaha mengenalinya dia sedalam-dalamnya, Jamal Abdillah adalah seorang insan yang gemar berlawak, suka bercerita dan banyak bercakap. Itulah sebenar-sebenarnya Jamal yang ramai orang tidak tahu," katanya kepada murai.com.my.

Dee Jelas Isu Perceraian Jamal Abdillah

Dee yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kumpulan Perhubungan Korporat & Komunikasi di syarikat UEM World berkata, sepanjang berkahwin dengan Jamal juga, dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah bersama penyanyi kacak yang memiliki suara emas itu.

"Kami berkahwin selama 8 tahun. Lamakan? Dalam tempoh itu, Jamal tidak pernah pula mengunakan sebarang kekerasan terhadap saya. Sebaliknya, keadaan rumahtangga kami berada dalam cukup harmoni sekali.

"Mungkin kerana saya ini seorang yang cukup memahami diri dan keadaannya. Tapi, saya rasa bagi sesiapun yang hendak mengahwini Jamal, dia haruslah memahami bahawa Jamal mempunyai masalah.

"Sebagai seorang yang mempunyai masalah, sudah tentulah kita perlu berikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap dia termasuklah memberikan sokongan dan kekuatan dari sudut semangat, emosi, mental serta spiritual.

"Bukannya kita yang perlu minta perhatian dan tumpuan daripada dia. Kalau ada sesiapa yang mempunyai keinginan sebegitu, tolong jangan letakkan harapan untuk berkahwin dengan Jamal dan kalau berkahwin setakat untuk glamor saja, lupakanlah," katanya lagi.

Sekalipun mengharungi rumahtangga yang harmoni bersama Jamal, namun Dee turut menjelaskan mengapa perkahwinnya bersama Jamal hanya mampu bertahan selama 8 tahun saja.

"Masa itukan Jamal ada terbabit dengan satu kes khalwat. Jadi pada masa itu saya rasa biarlah saya lepaskan dia. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan saya tidak mahu toleh ke belakang lagi.

"Memang dia ada minta saya untuk kembali pada dia. Tapi saya tetap dengan keputusan saya untuk memilih jalan saya sendiri," katanya lagi.

Dee bagaimanapun tidak pasti sama ada penolakannya untuk kembali hidup bersama Jamal membuatkan penyanyi lagi Kekasih Awal & Akhir itu kecewa.

"Tapi, hubungan saya dengan dia masih lagi baik sampai sekarang. Begitu juga dengan keluarga dia. Malah, kalau ada masalah sampai sekarang dia masih lagi hubungi saya dan berbincang dengan saya.

"Pendek kata dia sudah jadi macam saudara saya sendiri. Saya juga gembira dengan perkembangan barunya sekarang ini. "

Sejak menetap di Rumah Pengasih, keadaannya nampaknya semakin bertambah baik," katanya yang ditemui di majlis pelancaran pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical Musim 3 di Restoran Borneo Rainforest di Sunway Pyramid.

Read more…

Lelaki Ini BONGKAR Misteri Kejadian NGERI 5 Sekeluarga Mati Lemas. Kenapa Baru Sekarang?

Ambak KUALA BERANG: "Saya lihat kanak-kanak itu duduk seorang diri atas pasir di tempat kejadian sebelum dia beritahu ibu dan bapa serta tiga kakaknya lemas dalam air," kata Razak Ahmad, seorang peniaga yang baru tiba di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, sejurus selepas kejadian lima sekeluarga lemas.

Razak, 40, yang berniaga air dan goreng pisang di situ, berkata dia baru tiba di gerainya, sebelum beberapa pengunjung datang memberitahu mengenai kejadian. "Saya kemudian ke lokasi kejadian dan menemui kanak-kanak itu berseorangan.

Saya tanya di mana ibu dan bapanya dan dia memaklumkan dalam air. "Saya menghubungi beberapa penduduk kampung untuk membantu mencari lima beranak itu.

Usaha menaikkan mangsa sedikit sukar kerana arus berpusar selain air agak dalam mencecah tujuh meter berbanding kebiasaan," katanya.

Seorang lagi yang terbabit dalam operasi mencari, Mohd Zainuddin Othman berkata, dia sudah beberapa kali terbabit dalam operasi menyelamat mangsa lemas di kawasan itu, tetapi mengakui kejadian itu adalah yang paling sedih.

"Sudah lebih 20 mangsa lemas di kawasan ini yang saya bantu cari, tetapi kejadian ini paling menyedihkan.
TEH Jarah (kanan) menenangkan cucunya, Mohd Hasif ketika ditemui di kediamannya di Kuala Nerus, semalam. - Foto Rozainah Zakaria

"Sedih melihat kanak-kanak itu menangis sambil meminta tolong cari ayah, mak dan kakaknya dalam air ketika saya tiba di tempat kejadian," katanya yang dikenali dengan kepakarannya mencari mangsa lemas di kawasan rekreasi itu.

Katanya, mangsa yang lemas di kawasan berkenaan tidak akan hanyut lebih jauh kerana pusaran arus di dasar akan menghanyutkan mangsa ke kawasan berbatu berhampiran air terjun.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, sepasang suami isteri, Mohd Halim Samian, 44 dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Hidayah Aina, 11, dan Nurul Izzah,10, lemas selepas mandi di Air Terjun Belukar Bukit, di sini.

Bagaimanapun, anak lelaki pasangan itu, Mohd Hasif, 8, terselamat kerana berada di daratan. Sementara itu, seorang penduduk yang sebelum ini ditugaskan menjaga kawasan berkenaan, Mohd Yusof Mohamad, 61, berkata, dia bertugas di kawasan berkenaan sejak 2000 hingga 2014 dan sepanjang tempoh itu sudah beratus pengunjung lemas di kawasan berkenaan.

"Boleh dikatakan setiap tahun ada kes lemas berlaku di kawasan ini dan kejadian terakhir membabitkan remaja lelaki berusia 13 tahun pada Aidiladha lalu," katanya.
MAYAT lima beranak di bawa naik dari Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam. - Foto ihsan bomba. 

Read more…

“Rasulullah Tak Pakai Helmet, Kenapa Saya Harus Memakainya?” Tengok Apa Jawapan Polis Ini

Rasulullah Tidak Memakai Helmet Jadi Kenapa Saya Harus Memakainya?|Dalam menjalankan tugas sebagai mana kewajiban seorang polisi trafik untuk menjaga keselamatan awam atau pengguna jalan raya amatlah penting dan itu adalah tanggung jawab mereka.

Kena tengking,maki hamun adalah irama yang menjadi alunan musik yang mereka dengar setiap hari, padahal mereka hanya menjalankan tugas yang sebenarnya kebaikannya untuk anda sendiri.

Di sini telah berlaku satu kejadian yang cukup menarik dimana seorang yang nampak alim hanya mengenakan songkok putih dan berbaju putih layak sebagai seorang yang nampak kuat beragama berperang mulut dengan polis trafik akibat tidak memakai helmet ketika mengendarai motorsikal.

Yang menariknya dalam pertengkaran mulut tersebut, pengguna motorsikal tersebut memetik nama Rasulullah sebagai alasan mengapa beliau tidak perlu memakai helmet ketika mengendarai motorsikal.

Berikut perbualannya.


Polis: maaf boleh saya melihat lesen pakcik?

pakcik: apa kesalahan saya?

polis:pakcik tidak memakai helmet

pakcik: saya tidak akan mengenakan helmet sebab itu bukan sesuatu yang wajar di agama saya.

polis: maksut pakcik?

pakcik:Rasulullah tidak pakai helmet,jadi jangan paksa dan minta kepada saya untuk memakai sesuatu yang tidak dikenakan beliau

polis:tapi setahu saya,rasulullah tidak mengendarai motor,saya ada satu soalan sederhana,kalau zaman nabi ada motor apakan pakcik yakin Rasulullah tidak akan pakai helmet?

pakcik:tersentak dan terdiam.

polis:pakcik dengan mudahnya mengharamkan yang pekcik benci,tapi menghalalkan yang pakcik sukai,seolah pakciklah penentunya,saya percaya bahwa Rasulullah lebih menyukai ummatnya yang melindungi kesehatannya dan menjaga dirinya serta keluarganya.

pakcik: apa maksut tuan,apakah karena tidak memakai helmet saya tidak melindungi keluarga saya?

polis:ohh,sudah tentu pakcik,sebab jika terjadi hal buruk kepada pakcik akibat tidak memakai helmet,apakah keluarga pakcik tidak menerima akibatnya? bagaimana dengan perasaan takut dan tertekan yang akan mereka rasakan,siapa nanti yang akan mengurus dan menafkahi mereka?

pakcik: Allah akan menafkahi mereka

polis: Melalui apa dan siapa? bukankah rezeki yang diberikan Allah akan melewati orang lain? begitu halnya dengan keluarga pakcik,mereka menerima rezeki dari Allah melalui pakcik,jika pakcik mati akibat kemalangan,besar kemungkinan rezeki mereka akan melalui orang lain,bisa jadi ayah tiri,apakah pakcik ikhlas dengan semua itu.

pakcik:sekali lagi terdiam seolah apa yang dikatakan polis trafik itu mempunyai fakta yang kuat akan kebenarannya,dimana pada akhirnya pakcik tersebut mengeluarkan lesen dan ic untuk di saman karena tdak memakai helmet ketika mengendaria motor di jalan.

polis: Melindungi diri sama halnya dengan melindungi keluarga sendiri mungkin nampak remeh dengan sebuah helmet,tapi cuba pakcik bayangkan perasaan tidak susah hati yang di rasai oleh isteri,ibu,ayah,anak.saat meraka melihat kepala kita di lindungi oleh helmet.
kita tidak akan mendapat kasih sayang seperti mereka dari manusia lain maka dari itu cintailah keluarga anda.hari ini saya tidak menyaman pakcik,anggaplah nasihat saya sebagai surat saman bagi pakcik.

Read more…

Ya Allah... Tak Sanggup Tengok. Tabahkanlah Adik Ini. Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata.

KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Hanya anak bongsu lima sekeluarga yang ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi, hari ini.

Mohd Hasif, 9, selamat kerana sedang bermain pasir di tepi air terjun itu ketika kejadian.
Dalam kejadian itu, suami isteri dan tiga anak perempuan mereka ditemui lemas.

Kesemua mayat ditemui antara 12.17 hingga 12.37 tengah hari oleh orang awam dan Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul 'Adila @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.

Keluarga berkenaan dipercayai menetap di Puncak Alam, Selangor.

Mereka pulang bercuti di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum pergi ke kawasan air terjun itu.

Pegawai Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata pihaknya terima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba Kuala Berang dan Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya. Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof berkata, mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat oleh anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dengan mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.-BH
 

Read more…