[Close x]

Perodua Kenari Berwajah Baru, Sekali Pandang Macam Mini Vellfire

Perodua Kenari antara produk automotif terawal yang dikeluarkan oleh pihak Perodua. Baru-baru ini laman sosial dibanjiri dengan gambar-gambar perodua kenari yang berwajah baru. Ia dikatakan bakal dikeluarkan, namun tiada sebarang pengesahan lagi.

Tambahan pula, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Perodua setakat ini.

Rekaan kereta ini merupakan generasi keenam Daihatsu (Move Custom) yang diilhamkan oleh Ying Hern Pow. Beliau juga antara pemenang bagi anugerah Proton Design Competition 2014 beberapa tahun yang lalu.

Ying Hern Pow merupakan pemegang Ijazah dalam Reka Bentuk Produk dari Universiti Teknologi Nanyang di Singapura. Tambahan lagi beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Reka Bentuk Kereta dari Domus Academy di Milan, Itali.

Perodua Kenari ini didatangkan dengan kuasa 658 cc menggunakan enjin 3 silinder.

Ia menghasilkan 52 PS pada 6,800 rpm dan 60 Nm pada 5,200 rpm, manakala versiturbocharged di RS Custom menawarkan 64 PS pada 6,400 rpm dan 92 Nm pada 5,200 rpm.

Sekiranya ada sebarang maklumat tambahan, kami akan kemaskini artikel ini.

Anda boleh lihat gambar dan tonton video di bawah ini :
Antara warna yang ditawarkan :

2 comments: