[Close x]

Ibu Mangsa Culik Tampil Dedahkan Perkara Sebenar Yang Berlaku. Semua Penipuan Terbongkar!! Anaknya Sebenarnya...

Kronologi Terkini Penculikan Gadis Nur Amira Athirah Yang Anda Tak Tahu 14 tahun di laporkan hilang selepas Ayahnya Abdul majid yang mendapati anaknya gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10 malam.

1. Abdul majid Yang cuba beberapa kali menghubungi anaknya melalui telepon namun gagal dalam usaha itu,sehinggalah beliau cuba mencari di merata tempat karna risau keatas keselamatan anaknya itu. Ayah mangsa yang tidak mendapati informasi apa apa membuat laporan polis yang di buat di balai polis bandar sultan sulaiman. Dipercayai anak gadisnya itu telah di culik dalam perjalanan pulang kerumahnya di Bandar Sultan Sulaiman pelabuhan kelang setelah mangsa cuba menghubungi dan meminta tolong kepada seorang ahli keluarganya melaluai satu panggilan telepon.

2. Rakaman perbualan tersebut mendedahkan bahawa anak abdul majid nur amira athirah telah di culik ketika perjalanan balik ke rumahnya. Berdasarkan rakaman perbualan itu mangsa mendedahkan bahawa dirinya telah di culik oleh van berwarna putih mangsa juga mengatakan bahawa kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan sebelum ditarik masuk kedalam van. Mangsa yang tersedar dan ternampak papan tanda menuju kejohor bahru memaklumkan perkara itu kepada kakaknya melalui penggilan yang di buat tanpa sepengetahuan penculik.Menurut mangsa nur amira ramai lagi mangsa yang turut di tahan dipercayai di culik untuk di jual ke thailand. Bagaimana pun perbualan itu terputus selepas kedengaran mangsa seperti menjerit dalam talian dipercayai hp dirampas oleh penculik tersebut.

3. Pihak polis diraja malaysia PDRM yang sebelumnya belum mengeluarkan sembarang kenyataan unutuk pengesahan penculikan tersebut,mana kala Ahli keluarga mangsa giat menyebarkan maklumat di media sosial dengan tujuan meminta ramai untuk mengesan mangsa. Walau pelbagai maklumat yang diterima ramai namun agak mengelirukan apabila sebagian natizen menjadikan isu ini sebagai modal untuk menarik perhatian dengan spekulasi bebentuk screenshot dengan info yang tidak sahih,sperti mangsa sudah berjaya ditemukan,yang lebih kejam screenshot info yang mengatakan mangsa telah dirogol sebelum di bunuh. Sehubung itu anggota keluarga mangsa meminta tolong kepada ramai agar tidak menyebarkan berita palsu karena perkara itu menambah kerisauan mereka.

4. Ekoran spekulasi yang mengelirukan tersebut seorang individu yang mempunyai rekan salah seorang anggota polis banting membuat satu rekaman video untuk menjelaskan kedudukan sebenar mangsa berkait kes culik nur amirah untuk mengelakkan terjadinya spekulasi spekulasi yang tidak mendatangkan tanggapan buruk.

Info: untuk mengikutti perkembangan terkini mangsa culik nur amira athirah sila ikuti facebok ahli keluarga ASMAH MAJID 

Read more…

Demi Nyawa Keluarga, Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati Kerana Membunuh Perompak

 
Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes tersebut telah kembali disebutan bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.00 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?" katanya.



https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/

Read more…

Ahmad Maslan Terpaksa Tanggung Malu, Restoran Terkemuka Ini Perli Kenyataan Bodohnya

PETALING JAYA: Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terus dikritik pelbagai pihak walaupun beliau telah memberikan penjelasan mengenai saranannya yang meminta rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu kerja.

Setelah pemimpin-pemimpin politik dan selebriti mengkritiknya, sebuah restoran berantai terkemuka, Nandos juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan dengan berkongsi status mengenai kenyataan itu.

Nandos menerusi laman Facebooknya telah memuat naik status “Kerja memang kerja, tetapi family dan friendship itu penting juga dowh”. Status yang disertakan dengan gambar itu juga tertulis “#2kerja? staff kami #banyakkerja dowh”.

Dalam tempoh dua jam status tersebut dimuatnaik, ia telah disukai lebih 1,429 pengguna laman sosial.

Pengguna Facebook Nora MG telah menyatakan “Naughty Nando’s. Kena simen kang baru tau lol..”

Manakala seorang lagi pengguna, Shakira Hamzah memohon agar restoran tersebut mengambil pekerja sambilan bagi menyahut seruan Ahmad itu.

“Nandos tidak mahu ambil pekerja sambilan untuk menyahut seruan #2kerja ke?” tulisnya.

Read more…

Akhirnya Polis Dedahkan Perkara Sebenar Berlaku Kepada Mangsa Culik. Ramai Terkejut Dengan Banyak Penipuan!!

Selangor, 30 Dis - Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikatakan diculik oleh sebuah van putih.

Namun, pelbagai desas-desus yang timbul berhubung kejadian sehinggakan ada yang mengatakan mangsa telah pun dirogol dan dibunuh, telah selamat dijumpai dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, polis Selangor, menerusi Facebook rasminya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato Abdul Samah bin Hj. Mat.

Menerusi kenyataan yang dibuat lewat petang tadi itu, polis mengatakan pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mencari mangsa.

Operasi mencari mangsa kini sedang giat dijalankan.

Kenyataan penuh dari Polis Selangor :

PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.




CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Read more…

Misteri Kematian Michael Jackson Akhirnya Terungkap Selepas 6 Tahun Meninggal Dunia. Kesiannya...

AKHIRNYA TERUNGKAP SETELAH 6 TAHUN MENINGGAL DUNIA SECARA TIBATIBA AKHIRNYA MISTERI KEMATIAN RAJA POP MICHAEL JACKSON KINI TERBONGKAR JUGA LIHAT 9 FAKTA DAN FOTOFOTO APA YANG DITEMUI DI TUBUHNYA AMAT MEMERANJATKAN SEKALI NAUZUBILLAH

AKHIRNYA TERUNGKAP !! Setelah 6 tahun meninggal dunia secara tiba-tiba, akhirnya misteri kematian Raja Pop Michael Jackson kini terbongkar juga. Lihat 9 fakta & foto-foto apa yang ditemui di tubuhnya amat memeranjatkan sekali. Nauzubillah !!

Misteri kematian Michael Jackson terungkap baru-baru ini. Pasca lebih dari 2 tahun kematian Raja Pop ini, pihak pengadilan akhirnya mengungkap penyebab kematian pria yang terkenal dengan sapaan Jacko ini. Lantas apa yang menyebabkan Jacko meninggal? Menurut kesaksian dari paramedis, tubuh Jacko sudah dingin dan pupil matanya melebar dan tidak memberikan respon. Paramedis pun menyatakan bahwa Jacko telah dinyatakan meninggal.

Pelantun lagu Heal The World ini diduga tewas karena overdosis obat bius yang biasanya dipakai untuk operasi. Istilah medis dari obat bius ini adalah propofol. Dr. Conrad Murray menjadi satu-satunya orang yang dicurigai menyuntikan obat bius ini pada tubuh Jacko. Parahnya, mengetahui bahwa sang Raja Pop kelebihan dosis, Murray tak segera menghubungi ambulans. Ambulans baru tiba ke kediaman Jacko 20 menit kemudian.
Tak hanya itu saja kesalahan yang diperbuat oleh sang dokter. Murray meninggalkan Jacko begitu saja untuk kepentingan pribadi berupa menelepon dan mengirim email, sementara Jacko di saat bersamaan sedang sekarat.

Kesaksian Team Paramedis di Persidangan Kasus Kematian Jacko

Team paramedis yang memeriksa jenazah Jacko mengatakan bahwa penyanyi yang memiliki gaya khas ini meninggal karena organ jantungnya berhenti berdetak secara mendadak. Berhentinya detak jantung Jacko disebabkan oleh pemberian Propofol dengan dosis yang berlebihan.

Kronologi Kematian Jacko Menurut Dokter Pribadinya

Dari kesaksian Murray, ia mengatakan bahwa dirinya memang memberikan suntikan propofol sebanyak 50 miligram ke tubuh Jacko setiap malam. Murray sendiri telah 6 bulan diminta menjadi dokter pribadi Raja Pop untuk membantunya untuk mengatasi insomnia berat yang dialami oleh sang bintang.

Murray kemudian mulai mengurangi dosis propofol yang semula 50 miligram menjadi 25 miligram setiap malamnya. Sebagai penggantinya, Murray memberikan tambahan obat penenang jenis midazolam dan lorazapam. Dua hari sebelum kematian Jacko, Murray memberikan dua jenis obat penenang tersebut pada tubuh Jacko tanpa diberi propofol.

Beberapa jam sebelum Jacko meninggal, Murray berupaya menidurkan Jacko dengan memberinya obat penenang tanpa propofol. Namun hingga pukul 01.30 dini hari, Murray kemudian memberinya obat penenang jenis lain (valium). Sayangnya obat penenang ini juga tak mempan dan Jacko masih terjaga. Kemudian pada pukul 02.00 dini hari, Murray kembali menyuntikan lorazapam dan lagi-lagi Jacko tak mempan dan tak kunjung tertidur.

Akhirnya pada pukul 03.00 dini hari, Murray menyuntikan midazolam dengan harapan Jacko dapat tertidur. Suntikan-suntikan masih terus diberikan beberapa jam kemudian. Pada pukul 10.40, Murray kemudian menyuntikan propofol pada tubuh Jacko setelah Jacko memintanya. Dosis propofol yang diberikan hanya 25 miligram saja. Beberapa menit setelah propofol disuntikan, Jacko kemudian tertidur.

Untuk memastikan bahwa pasiennya benar-benar tertidur dengan lelap, Murray menunggu di dekatnya sekitar 10 menit. Setelah pasti bahwa Jacko benar-benar terlelap, Murray pun meninggalkannya dan pergi menuju ke toilet. Kurang dari 2 menit, Murray kembali ke kamar Jacko namun Jacko sudah tak bernafas lagi. Murray kemudian memeriksa detak jantungnya dan ia pun terkejut karena detak jantungnya berhenti. Ia pun kemudian memberikan nafas buatan (CPR). Dan pada pukul 11.18, Murray memanggil pengawal pribadi Jacko untuk menghubungi 911. Tak lama kemudian team medis datang lalu Jacko segera dibawa ke pusat pengobatan di LA (UCLA Medical Center). Di rumah sakit ini, King of Pop ini dinyatakan meninggal dunia. Dua tahun pasca kematiannya, akhirnya misteri kematian Michael Jackson terungkap melalui proses persidangan.

Kematian Jacko dinyatakan kurang dari 24 jam setelah sebelumnya ia terlihat sehat dan penuh semangat latihan untuk konsernya di Los Angeles. Konser yang bertema This is It rencananya akan digelar pada bulan Juli 2009. Namun sayang, Tuhan berkehendak lain. Michael Jackson terlebih dahulu dipanggil oleh Yang Maha Kuasa sebelum menghibur para fans-nya yang ada di Los Angeles.

Dalam persidangan kasus kematian Michael Jackson, Murray membantah bahwa dirinya lalai dalam menjalankan tugasnya sebagai dokter pribadi Jacko. Ia tak menyangka bahwa kebiasaannya dalam memberikan obat penenang pada pasiennya kemudian justru menyebabkan kematian. Menurutnya, apa yang sudah ia lakukan telah sesuai dengan prosedur. Jika memang Murray terbukti telah lalai, ia dituntut hukuman kurungan selama 4 tahun.

Michael Jackson meninggalkan 3 anak. Jacko adalah salah satu penyanyi legendaris dunia. Ia populer berkat hits-hitsnya yang mampu membius para fans-nya yang tersebar di seluruh dunia. siapa yang tidak tahu dengan karya King of Pop ini. Ada banyak hits yang hingga sekarang masih enak didengar. Beberapa judul hits yang sangat populer dan bahkan bisa disebut everlasting songs yaitu Heal The World, We are the One, Smooth Criminal, Youre Not Alone, Black or White, Beat It, Man in the Mirror, Shes Out Of My Life, Human Nature, dan masih banyak lagi.

Sebelum terkenal sebagai solois, ia bersama dengan saudara-saudaranya membentuk group yang diberi nama Jackson Bersaudara. Salah satu personel Jackson Bersaudara yang kini masih eksis di dunia musik selain Jacko adalah adik perempuan Jacko, Janet Jackson. Kini public tidak penasaran lagi soal misteri kematian King of Pop karena akhirnya misteri kematian Michael Jackson terungkap.

Read more…

Remaja Tinggalkan Nota Untuk Ibu, Ayah & Rakan-Rakan Sebelum Bunuh Diri

CHENOR - Seorang bapa tidak menyangka hari lahirnya terpaksa dilalui penuh tragis apabila anak bongsu berusia 18 tahun ditemui lemas di Kampung Tebing Tembah, Kertau, semalam.

Sekeping nota ringkas tulisan tangan turut dijumpai dalam beg di lokasi mangsa dipercayai lemas dengan ucapan ‘Selamat Hari Ibu, Mak... Selamat Hari Lahir, Abah untuk esok... Halalkan segalanya tau...’

Pesara askar tidak berpencen, Mudzafar Awang Ahmad, 62, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Mohamad Azrul adalah pada pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, mangsa memaklumkan mahu ke Melaka untuk berjumpa rakan dan keluar selepas solat Subuh dengan menunggang motosikal seorang diri.

“Esoknya (Ahad) lebih kurang jam 2 petang ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, dia singgah berjumpa sekejap dengan ibunya yang bekerja di kantin sebuah sekolah di Bandar Bera.

“Saya berada di rumah mak mertua maka tidak tahu sama ada Azrul pulang ke rumah di Kampung Bohor Baru, Bera atau terus ke sini (sungai). Cuma sedar dia hilang pada pagi tadi selepas dimaklumkan orang kampung kerana mereka jumpa motosikal Azrul di tepi sungai sejak petang Ahad,” katanya.

Mangsa tidak maklum ke sungai

Kakak mangsa, Norzuliana, 20, berkata, adiknya yang mendapat keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas sepatutnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) pada Jun depan.

Menurutnya, mangsa difahamkan baharu menyertai kumpulan tabligh maka tidak menolak kemungkinan ke Melaka bertemu rakan yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.

“Kali terakhir dia hantar mesej dalam whatsapp keluarga adalah pada petang Sabtu beritahu sudah sampai Melaka dan last seen pula pada jam 1.17 petang, Ahad. Kami sekeluarga tidak tahu dia ke sungai ini malah dia pun bukan yang suka lakukan aktiviti sungai,” katanya.

Curiga motosikal ditinggalkan

Menurut seorang pemuda kampung, motosikal milik mangsa disedari berada di tebing sungai berkenaan pada petang Ahad.

Katanya, motosikal berwarna merah jenis SYM masih kelihatan menjelang senja dan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu memandangkan baru-baru ini berlaku kejadian curi enjin bot di kawasan tersebut.

“Saya mahu tunggu sampai pemilik motosikal kembali ke darat kerana risau terlibat dengan kegiatan curi enjin bot malah motosikal ini tidak pernah nampak berada di sekitar sini. Bila sudah tengah malam, tiada siapa yang datang ambil motosikal tersebut maka saya pulang ke rumah.

“Esoknya dalam jam 7 pagi tadi, saya tengok motosikal ini masih ada lalu mengesyaki berlaku kejadian tidak diingini apabila ternampak sebuah beg dan sehelai baju-T warna hitam di atas pasir tepi sungai,” katanya.

Mayat dijumpai berdekatan lokasi terakhir

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, anggota Balai Polis Chenor menerima maklumat orang awam pada jam 7.40 pagi, semalam mengatakan menemui sebuah motosikal dan beg di Kampung Tebing Tembah, Kertau.

Menurutnya, mangsa beralamat di Kampung Bohor Baru, Bera dan siasatan ditempat kejadian menjumpai sebuah buku nota yang mengandungi catatan di dalam beg berkenaan.

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 3 petang, kelmarin kira-kira 100 meter dari lokasi motosikal mangsa ditinggalkan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah,” katanya.

Read more…

Video Rakaman Perbualan Mangsa Minta Tolong Diselamatkan Diculik Van Putih

Seorang remaja wanita Nur Amirah Athirah 14 tahun di dakwa telah di culik baru baru ini di bandar baru sultan sulaiman ahad sekitar jam 3 petang di bawa menaiki van putih pemandu india.

Dipetik dari Facebook - Faizah Wahab

KES CULIK:
BANDAR SULTAN SULAIMAN
PELABUHAN KLANG.
*Report sedang diambil.
maklumat untuk semua Gerakan ;
Biodata mangsa culik van putih

NOR AMIRA ATIRAH BINTI ABDUL MAJID
14 TAHUN
PUTIH2 KULITNYA
RAMBUT PENDEK.
RECORD PERBUALAN MENGATAKAN MANGSA TERNAMPAK SIGNBOAD JOHOR .
MANGSA MENGATAKAN BAHAWA VAN YANG DIGUNAKAN UTK MENCULIK MANGSA ADALAH BERWARNA PUTIH.

MAKLUMAN SEMUA GERAKAN UNTUK MULA MENYEBARKAN HEBAHAN ORANG HILANG/CULIK INI.
Menurut perbualan mangsa dengan kakaknya mangsa menelefon kakaknya dengan menggunakan hanphone penculik yang berjaya di curi mangsa meminta tolong kepada kakaknya dalam sebuah panggilan.

"Dia curi hp penculik tu kan ada audio dia akak tengah cakap dengan dia korek maklumat, last2 akak dengar dia menjerit, akak rasa dia kantoi, dia ada cakap dengan akak yang penculik tu nak jual dia kat thailand.

Akak dah buat report polis, polis cakap lokasi dia sekarang dekat banting jalan semarak 1. Sekarang akak tengah tunggu info dari pihak polis, harap sangat tak ada apa apa terjadi kat dia, akak takut dia kena rogol je, sebab pelakunya keling" Luah kakak mangsa.

Video rakaman perbualan mangsa dengan kakak mangsa selepas di culik minta tolong.
Sejurus kes penculikan tersebar di media sosial ada ura ura yang mengatakan mangsa telah berjaya ditemui, namun friends of PDRM memuat naik berita terkini mengenai kes.

"Maklumat terbaru yang kami dapat, mangsa Adik Nor Amira, masih belum ditemui. Pihak Polis sedang giat mencari.

MOHON jangan sebar maklumat PALSU! Terima Kasih"
Update terkini Berita penemuan mangsa culik van putih adalah palsu
Dinasihatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang info yang tidak sahih agar tidak mengelirukan ahli keluarga mangsa dan juga orang awam yang mengikuti kes penculikan ini di laman media sosial.

Gambar mangsa culik van putih
Untuk info selanjutnya kes culik NUR AMIRA ATIRAH BINTI ABDUL MAJID akan dikemas kini dari masa ke semasa, pada orang awam dinasihatkan agar berhati hati.

Read more…

Punca Sebenar Lelaki Ini Mengamuk Besar Di Bangunan JPJ. Siapa Tak Mengamuk Bila Kena Macam Ni?!

Video seorang lelaki berusia lingkungan lewat 30'an mengamuk di bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 6 minit itu telah ditonton sebanyak 141,739 di Facebook dan 4,000 shares di laman yang sama.

Menurut lelaki berkenaan, kereta miliknya telah disita oleh JPJ pada 2001 atas kesalahan pengubahsuaian enjin yang tidak dibenarkan.

'Bila saya nak renew roadtax, datang ke JPJ dan mereka kata tak boleh. Puncanya? Mereka juga tak tahu dan menyuruh saya pergi ke balai. Balai pula kata tak ada masalah. Datang semula ke JPJ, turun naik turun naik dari jam 11 pagi sehingga 4 petang.

"Akhirnya saya dimaklumkan bahawa punca sebenarnya roadtax kereta saya tidak dapat direnew kerana kereta saya yang telah dilupuskan pada tahun 2001 masih berada di atas jalan raya.

"JPJ yang menyita kereta saya dan sepatutnya kereta itu dilupuskan serta merta dan clearkan nama saya. Tetapi JPJ tidak berbuat demikian," katanya.

"Macam mana JPJ boleh keluarkan kereta ini balik sedangkan ia telah disita pada tahun 2001 dan sepatutnya telah dilupuskan? Saya mempunyai maklumat individu yang memandu kereta ini dan saya telah memohon Pengarah JPJ cawangan berkenaan menahan individu tersebut, namun mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada kuasa. Tanya polis, pun tak ada kuasa. Jadi siapa yang ada kuasa?

"Kalau kereta ini dia guna untuk bawa dadah ke, apa ke, polis akan menangkap saya dan masukkan dalam lokap selama 14 hari. Siapa nak duduk dalam lokap 14 hari? Apa JPJ buat? Ini berkaitan dengan soal nyawa saya.

"Sudahlah kereta disita pada tahun 2001, bayaran kereta sebanyak RM78,000 pula saya terpaksa bayar pada pihak bank dan kini JPJ pula menimbulkan masalah ini yang menyebabkan saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan? JPJ buat apa?" katanya.

JPJ sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Klik link di bawah untuk menonton video...


Sumber https://www.facebook.com/100010084925288/videos/185788021767361/

Read more…

Anda Terbiasa Tidur dengan Kipas Angin, Berhentilah! Ini Bahayanya! Hingga Menyebabkan Kematian

Serambimata.com – Kipas angin adalah salah satu cara alternatif untuk menggerakkan angin menjadi lebih dinamis sehingga udara tidak terlalu panas. Dahulu orang menggunakan kipas angin buatan dari bahan sederhana, tapi sekarang kipas angin telah menjelma menjadi benda modern yang dapat bekerja terus menerus sepanjang malam.

Beberapa orang menggunakan kipas dengan angin yang mengarah langsung pada tubuh saat tidur, cara ini memang menyenangkan dan membuat tidur lebih lelap, tetapi angin yang terus menerus menerpa tubuh sepanjang malam juga berbahaya bagi kesehatan bahkan dapat menyebabkan kematian.

Dikutip dari gudanginfo.net, Serambimata kali ini akan membahas mengapa kita tidak boleh menggunakan kipas angin yang langsung mengarah pada tubuh, berikut ini penjelasannya.

1. Tubuh kekurangan oksigen 

 
Bahaya yang paling serius dari menggunakan kipas angin saat tidur adalah tubuh jadi kekurangan oksigen. Hal ini terutama jika arah kipas angin langsung ditujukan ke wajah pada ruangan yang tidak memiliki fentilasi.

2. Suhu tubuh menurun drastis 
 
Tidur dengan kipas angin akan menurunkan suhu tubuh secara drastis. Jika perubahan ini terjadi secara mendadak maka tekanan darag dan sistem pernafasan akan terganggu. Dan akibat paling fatalnya adalah fungsi jantung dan paru-paru tidak berfungsi optimal.

3. Mengalami hipotermia dan dehidrasi 
 
Seorang ahli syaraf, Dr. Wendra Ali, mengatakan saat seseorang berada dalam ruangan dingin dalam waktu yang lama maka tubuh akan mengalami kekeringan akibat udara dingin akan menyerap air dalam tubuh. Jika terjadi terus menerus sepanjang malam maka kelembaban tubuh akan menurun sampai akhirnya terjadi hipotermia.

4. Penyakit Bell Palsy 
 
Penyakit ini disebut juga kelumpuhan, tapi bukan pada tubuh melainkan pada wajah. Orang yang sering tidur malam dengan kipas angin memiliki risiko peningkatan ketegangan pada sistem syaraf disebabkan suhu dingin yang menerpa wajah terus menerus sepanjang malam, akibatnya wajah jadi tegang, sulit senyum atau berekspresi

5. Menyebabkan kematian 
 
Kematian mendadak dapat dialami oleh mereka yang menggunakan kipas angin sepanjang malam saat tidur, terutama pada ruangan yang tidak memiliki fentilasi untuk keluar masuknya udara. Hal ini disebabkan karena adanya peningkatan kadar CO2 dan penurunan O2 dalam ruangan.

Demikian beberapa bahaya tidur menggunakan kipas angin. Sebaiknya jangan mengarahkan kipas secara langsung ke tubuh dan jangan tidur dalam ruangan yang jelek sistem fentilasinya.

Semoga bermanfaat.



Sumber Gudanginfo.net

Read more…

Hospital Jumpa Surat Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya. Sedihnya Ya Allah..

Kangar: Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.

Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.

Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah
"Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga.

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,”€ katanya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian.
Anak 
 

Read more…

Inilah Bukti Bila Anda Cabut Plug, Bil Elektrik Rumah Anda Menurun Dari RM205 Sehingga RM39.89

 
Our electricity bills from June - Dec 2015.

Read caj semasa only.

June - RM205.00
Jul - RM163.41
Aug - RM126.21
Sep - missing *scratching head*
Oct - RM63.64
Nov - RM84.00
Dec - RM39.89

Jun - aug: just to show our normal bills
Sept: start unplug all unused plugs (while husband was outstation)
Oct: ada reduction. Ok!
Nov: Hubby was home and still havent get use to the new rule. He loves leaving his laptop charging until morning. ��
Dec: smile emoticon

What do we do:
Switch off and unplug unused plug. Everytime.

Example:
If u use stand fan, unplug the plug when u want to leave the bedroom. Although u need to use it again after few hours. Haha.

U can use aircond or any other home appliances when needed. The trick is the plug remained at the socket especially extension plug (1 plug with 2-5 plugs?)

Memang tinggi la bill. �� ��

Edited to add, we also use aircond. So unplug it (if ada plug la.. bukan suiz) when not in use. If can minimize the usage lagi baik.

Plug yang tak dicabut: fridge, thermo pot, ubat nyamuk elektrik

Just sharing our experiment. All the best


SUMBER
 

Read more…

Cina Biadap Hina Rayani Air Kerana Mengamalkan Konsep Islam Dalam Penerbangan

KUALA LUMPUR - Antara biadab dan kurang ajar serta hilangnya hormat pada agama lain, yang mana paling sesuai untuk dipadankan dengan kata-kata mereka?

Vintonio Xian, memuat naik perkongsian berita mengenai Rayani Air di laman Facebooknya, semalam. Dalam ruangan komen, Vintonio dan beberapa rakannya melemparkan pandangan yang tidak baik terhadap syarikat penerbangan tersebut.

Mereka mempertikaikan dan mentertawakan operasi kerja Rayani Air yang ditutup pada setiap hari Jumaat.

"Next time the price also got two. Halal price and Non-Halal price. If we pay with Halal Credit Card will get special discount," kata John Cai.

"I think not Islam enough, must wear ninja suit!" kata Vintonio Xian.

"At least cover their face left only two eyes. Let see how long they can survive," kata Lee Yf.

Tindakan mereka mempersendakan usaha syarikat penerbangan baru dan agama Islam adalah amat tidak wajar. Seharusnya mereka turut menyokong usaha Rayani Air dalam merancakkan sektor penerbangan awam yang juga memberikan banyak pilihan kepada pengguna.
Bagaimanapun, Vintonio Xian dan rakan-rakannya tampil memohon maaf di atas komen-komennya yang agak keterlaluan itu.

"Sorry for the hard feeling caused by my post, I didn't expect the post will cause so much harm to everyone and my muslim friends due to my insensitive and irresponsible action.

"I shall declare that our action are much not relevant with OneSubsea (M) Systems Johor (OSSJ). The post I already taken down soon after been informed there are friends that feel bad with my action. Hope you guys can forgive our childish action and we also hope Malaysia can be a better place for everyone. That's why I decide to contribute my time and effort in Malaysia instead of overseas. We really mean no harm to everyone about the post," kata Vintonio.

"Hi there, i am sincerely apologise regarding this issue and deeply sorry of what have caused. Please forgive us for such an immature comment. I am willing to face any disiplinary action and consequences. Deeply sorry," - John Chai

"I'm sorry about last weekend improper comment on Facebook post, due to my insensitive and irresponsible action. That doesn't excuse how I acted, and I promise I won't let it happen again. please forgive our irresponsible action," - John Tan

"My sincerely apology to our Muslim friends in case i say something wrong recently. Please accept my apology and i promise this will not happen again." - Lee Yf

Difahamkan, individu-individu terbabit akan bersemuka dengan pihak yang terlibat untuk meminta maaf secara terbuka di kafeteria Wisma PTPT pada jam 6 petang ini.

Read more…

Lelaki Ini Menerima Padah Selepas Menunjuk Tanda Lucah 'Direct' Kepada Sultan JOHOR


AGAK KURANG AJAR KAU NI.... SERUPA BINATANG KAU NI.... TAK PERLU JADI MANUSIA YANG BERAKAL & BERAGAMA.....


1. Tajuk: Satu kejadian ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

2. No rpt/tkh:
Yong Peng/4239-4240/15@20/12/2015@ 12:00Hrs.

3. Klasifikasi: 506/509 KK

4. IO Kes: Insp Sugendharan Nair A/L Karunagaran (016-7590306)

5. Pengadu: Sugumaran A/L Raman G/12547

    Pekerjaan: Ketua Keselamatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

    Alamat: IPK Johor

6. Mangsa: Tiada

7. Fakta Kes:
Pada jam lebih kurang 1120hrs @ 20/12/2015 semasa pengadu bersama sjn 70884 Mukhlas Bin Dinyati, Kpl 89563 Hj Othman Bin Hj Mohd Anuar dan Kpl 115767 Maisan Bin Kasim dengan menaiki m/kar nombor pendaftaran:JZ 12 jenis: Porsche Cayenne S sedang mengiringi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru.

Apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu m/kar nombor pendaftaran BLD 345 jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pengadu supaya mengambil tindakan terhadap lelaki melayu pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan pengadu bersama anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki melayu tersebut dan telah meminta butir-butir suspek dan dapati:

Butir-Butir Tangkapan:
Nama: Md Aris Bin Husin
No. KPT: 750330015153
Umur: 40
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Tarikh Lahir: 30/03/1975
Keturunan: Melayu
Alamat: No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

Butir-Butir Rampasan:
No: 1
Jenis Barang: Kunci Kenderaan Dan Alarm
Kuantiti: 1 Bentuk
Tempat Dijumpai: Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan: Di Ambil Daripada M/Kar No:BLD 345 Jenis:Perodua Viva warna Putih

No: 2
Jenis Barang: Motokar (Saloon)
Kuantiti: 1 Buah
No Siri: BLD345
Tempat Dijumpai: Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan: Diambil Daripada Pemandu M/Kar
Kemudian pengadu dan anggota bawa balik lelaki melayu tersebut dan rampas kereta perodua viva BLD 345 ke Balai Polis Air Hitam untuk mengambil tindakan seterusnya.

Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan kepada suspek untuk ditandatangani beliau. Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik Ipd Batu Pahat.

Hasil soalsiasat:

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Hasil ujian air kencing negatif.

8) Tangkapan:
Nama: Md Aris Bin Husin
No. K/p Baru: 750330015153
Umur: 40
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Tarikh Lahir: 30/03/1975
Keturunan: Melayu
Alamat: No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

9)Tindakan yang diambil.
i) Rakaman percakapan pengadu
ii) Rakaman percakapan okt.
iii)Reman ke atas saspek.
iv)Rujuk kertas siasatan kepada YA TPR.

Read more…

Remaja Ini Kongsi Cerita Seram Yang Dialaminya Di Tingkat 13 KLCC..!! Meremang Bulu Roma BACA..!!

Seramnya... Nak p KLCC, risau kita yang kena sebab member baru ni dia kena dah...

#MohonViralkan... Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC. Ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… Kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing- masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa……… dan segera berkata …….. “Maaf ya… saya kentut… abang jangan marah ya?... ermmmmm.. =.=' # mesti korang tekun membaca kan?? Hahahahahaahaaa... Aku macam nak ketuk ja kepala orang yang reka cerita niii... punyalah tekun aku baca.. aku dah terkena,,, cepat2 la copy...takkan nak terkena sorang?? # kikikikiki.....senyum² sendiri pulak haha... #kentut punya pasal ja pun..

Read more…

TERKINI..!! Redza Ahmad Pelakon Popular Tanah Air Terlibat Dalam Kemalangan?

Kuala Lumpur: Pelakon Redza Rosli, 23, luka di bahagian muka, tangan dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, dekat Ipoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, kereta dipandu Redza rosak teruk selepas terbabas ke bahagian kiri lebuh raya.

Redza ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia memandu dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam berhampiran terowong berkenaan.

"Kejadian berlaku terlalu pantas sebelum kereta saya terbabas.Saya mengalami luka di bahagian muka, tangan dan kaki manakala kereta pula rosak teruk,” katanya.

Menurut Redza, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Perlis selepas selesai menjalani penggambaran drama Kak Mar.

Turut berada di tempat kejadian ialah pelakon Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim yang berkonvoi bersama pelakon itu.

Redza yang popular dalam drama bersiri MAID kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kangsar.

Read more…

[10 GAMBAR] Ramai TERKEJUT Dengan Tindakan Adik Hasif Ini Ketika Kebumikan 5 Ahli Keluarganya

Ya Allah. Tak Sanggup Nak Tengok.
Mohd Hasif, satu-satunya anak pasangan Mohd Halim Saiman dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, yang terselamat daripada tragedi mengorbankan lima ahli keluarganya, kelihatan tenang ketika ditemui di rumah neneknya, Teh Jarah Mahmud, siang tadi.

Namun, pada saat akhir menatap wajah ibu bapa dan tiga kakak kandungnya, Nurul Arifah, 16; Nurul Hidayah Aina, 11 dan Nurul Izzah, 10, sebelum upacara pengkebumian malam tadi, Mohd Hasif, 8, longlai hingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya.
Jenazah lima beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di sini, jam 1.20 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Pengkalan Arang jam 9.35 malam tadi.

Terdahulu jenazah tiba di masjid berkenaan dengan van jenazah dari Hospital Hulu Terengganu jam 9.20 malam. Teh Jarah, 72, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, di sini, yang menghidap darah tinggi pengsan ketika menatap kali terakhir jenazah lima beranak itu di masjid berkenaan.

Keluarga Allahyarham Mohd Halim, 44, dari Kampung Parit Enam, Muar, Johor iaitu bapanya, Samian Somo, 84 dan ibu, Siti Edah Ali, 75, bersama 13 adik-beradik arwah tiba di masjid berkenaan jam 10 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang upacara pengkebumian yang dipenuhi lebih 100 ahli keluarga dan rakan Allahyarham.

Mohd Hasif kelihatan sugul dan lesu dalam pelukan ahli keluarganya yang cuba menenangkan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’, Klang, Selangor itu.

Malah, anak bongsu daripada empat beradik itu dilihat beberapa kali menunjuk ke arah keranda ibu bapa dan tiga kakaknya sambil bertanya kepada ahli keluarganya menyebabkan orang ramai yang berada di situ turut sebak dan menitiskan air mata.

Sementara itu, adik Allahyarham Mohd Halim, Dr Siti Sabariah Damian, 38, berkata, beliau berhasrat memelihara anak saudaranya itu dan meneruskan cita-cita Allahyarham yang mahu melihat anak lelakinya itu menjadi tahfiz.

“Mohd Hasif ketika ini bersekolah di SRI Hira’ dan saya berhasrat menukarkannya ke Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Khaldun, Shah Alam, Selangor, bersama-sama dua anak lelaki saya, Abdullah Azam Annur Azalan, 11, dan Abdullah Altaf Addris Azalan, 12, yang turut bersekolah di sana.

“Arwah mahu anaknya belajar tahfiz dan saya mahu tunaikan hasratnya itu. Sekarang Mohd Hasif sudah boleh membaca al-Quran dan kenal tajwid. Menjadi amalan arwah setiap pagi akan mengaji al-Quran dengan keluarganya,” katanya sebak.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, pemilik syarikat kejuruteraan, Mohd Halim, 44 dan isteri, Nurul Adilah, 39, bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Mohd Hasif yang berada di daratan terselamat daripada tragedi itu. Keluarga berkenaan yang tinggal di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, pulang bercuti ke kampung Nurul Adilah di Kampung Serdang Baru, di sini, sejak tiga hari lalu, sebelum ke kawasan air terjun berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam, untuk berkelah.

Read more…