[Close x]

Gambar & Tanda-Tanda Terakhir Arwah Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia. Al-Fatihah...

 
Ni gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dgn Arwah sebentar tadi jam lebih kurang 10mlm, arwah nampak keletihan selepas perform, kelihatan tanda kalimah ALLAH didahi arwah.
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Al-Fatihah
boleh klik link dibawah ni untuk sumber pic

sumber fb yus jambu

Update - Rakan2 Arwah Pak Yus yang berada di Hospital Selayang..
Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.

“Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam. “Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Read more…

Rahsia Sedih Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia Yang Anda Tidak Tahu

Read more…

Terkini : Sultan Johor Haramkan Vape di Seluruh Negeri Johor

JOHOR BARU, 29 Nov: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasinya.

"Saya mahu premis vape ditutup mulai 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas memetik laporan mStar Online.

Baginda bertitah negeri mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Selain itu, baginda turut mengarahkan kerajaan negeri untuk bersidang pada minggu depan bagi merangka perancangan untuk memudahkan proses tersebut.

Baginda juga bertitah ahli politik harus berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," titah baginda.

Menurut baginda, kesan jangka panjang pengunaan vape, pengguna perlu membayar cukai untuk menanggung kos bagi membiayai rawatan.

Selain itu juga, baginda turut bertitah pengharaman vape di negeri johor meliputi seluruh penjualan produk yang berkaitan dengan vape.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor memberi amaran mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang tersebut bermula 1 Januari depan bakal dikenakan tindakan.

Read more…

Remaja Kaut RM6,399 Sehari Dengan Hanya Bermodalkan Makan Depan Webcam

SEOUL: Seorang remaja lelaki mempunyai pekerjaan yang lumayan di mana dia hanya makan di depan komputernya sambil ditonton oleh orang ramai secara online.

Dengan kerjanya ini, dia mampu meraih pendapatan sehingga £1,000 (RM6,399) setiap hari.

Remaja berkenaan, Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makan malam seperti pizza, ayam goreng dan masakan Cina di depan komputer di dalam sebuah bilik kecil di kediamannya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya.

Dia bukan sahaja makan, malah berkomunikasi dengan ribuan orang melalui melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV.

Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo di dalam web tersebut mendapat tontonan ramai dan biasanya akan dibayar £1,000 (RM6,399) untuk setiap episod.

Pekerjaan ini telah dilakukannya sejak berumur 11 tahun di mana pada mulanya dia makan secara online sebagai satu cara untuk mencari teman untuk menemaninya makan kerana ibu bapanya tinggal berjauhan dengannya.

"Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya akan makan malam awal menyebabkan saya sering keseorangan untuk makan,' katanya.

Tambahnya lagi, rancangan itu juga menyebabkan dia dikenali ramai.

"Ramai menyapa ketika bertemu di luar,' kata dipetik Dailymail.

Di Korea Selatan, aplikasi video online Afreeca TV mempunyai lebih 8 juta pelayar setiap bulan dan menjadi sebahagian kepada kehidupan sosial kepada remaja.


Sumber - Siakapkeli.my

Read more…

GEMPAR!! [VIDEO] Lagi Kes Perempuan Bergaduh, Yang BERPURDAH Pun 'Join' Belasah Mangsa

Sedang viral di laman sosial masa kini adalah rakaman video aksi pergaduhan antara 4 wanita yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan letak kereta.

Menerusi rakaman berdurasi 39 saat itu, seramai tiga wanita 'membelasah' seorang mangsa yang terbaring di lantai.

Lebih mengejutkan, juga terdapat seorang wanita berpurdah yang turut menendang mangsa lebih dari sekali.

Manakala seorang lagi wanita dilihat menendang di bahagian kepala mangsa beberapa kali sebelum dihentikan oleh seorang rakannya dengan berkata, "tak payah main kepala, kepala tak payah".

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana dan apakah punca kejadian ini berlaku.

Tonton video di bawah:


Read more…

Terkejut Apabila Dapati Lelaki Beronani di Halaman Belakang Rumah Dirakam CCTV

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan ibunya terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang melakukan onani di belakang rumahnya menerusi video CCTV.

Lelaki tersebut kemudian di halau keluar oleh ibu pelajar tersebut.

Ibu pelajar itu membuka tingkap dapur dan menjerit ke arahanya.

CCTV yang dipasang di kawasan rumah keluarga itu merakam perbuatan lelaki itu melakukan perbuatan jijik itu.

"Saya merasa jijik dan dalam masa yang sama, terkejut. Kenapa kamu sanggup membuat perkara itu ditempat awam?", kata pelajar tersebut memetik laporan The Star Online.

Pelajar tersebut berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu rumah pada 12.22 pagi semalam. Ibunya yang ketika itu berada di dapur terlihat ada pergerakan di belakang rumahnya.

Ibu pelajar itu kemudian pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen yang disambungkan ke CCTV kamera rumah dan kedua-dua mereka terkejut melihat lelaki terbabit dalam keadaan bogel di belakang rumah mereka.

Di dalam rakaman CCTV terbabit, lelaki itu dilihat keluar dari semak samun dan dilihat cuba mengintai melalui tingkap dapur.

"Ibu saya berlari ke arah dapur dan menjerit ke arahnya. Lelaki itu kemudian melarikan diri", kata pelajar itu.

Pelajar itu turut berkata jirannya kemudian telah mengenalpasti lelaki itu merupakan salah seorang penduduk di kawasan tersebut. Keluarga itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah semalam.

"Pegawai polis memberitahu kami orang jenis ini sangat berbahaya kerana dia sudah boleh berbogel seperti itu, yang bermakna dia sudah pun mencapai tahap yang berani(berbuat demikian). Jika dia mempunyai peluang untuk masuk ke dalam rumah, sudah tentu dia akan berbuat demikian", kata pelajar terbabit.

Read more…

Gurauan Tak Bertempat Ajak Shiro Dengan Anak Kecilnya Akhirnya Mengundang PADAH

Sesetengah individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa.

Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak Shiro dalam instagram miliknya.

Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa.
Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya.

Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular.

#instaFrame#YourMoments masa mak dia mengandugkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor. Ini penangan anak baba hehehe...Bangga baba ada anak gagah gini..(Tengah tido bolehlah).

Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk dada tanya selera sebab semua selera masing-masing tak sama bukan?


Sumber : Thedaunmedia

Read more…

MELAMPAU!! Bila Penyanyi Dan Pelakon Wanita Popular Ini Buat Muka Selamber & Berlagak Hisap Vape Depan Orang Ramai

MELUAT...!!! Bila Lihat Terlampau Banyak Ragam Penyanyi Dan Pelakon Wanita Malaysia BUat Muka bangga Bervape
Kini rokok elektronik atau vape dah menjadi trend terkini dan menjadi pilihan para perokok. Vape kini dihisap ramai termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.

Tapi bila wanita, pasti ramai yang pandang serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi menghisap Vape.
Ini termasuk seorang artis wanita yang juga bekas peserta AF 5 iaitu Noni dikatakan menghisap Vape. Dia ada memuat naik fotonya di Instagram sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang flavour Vape.

Namun tindakan Noni itu mendapat kecaman apatah lagi dia seorang public figure apabila pengikutnya di Instagram memberitahu tidak manis jika wanita menghisap Vape dan memintanya berhenti daripada menggunakan alat itu.

Berikut antara komen-komen negatif peminatnya di laman sosial berkenaan:

“Perempuan x manis nk vape on”

“Jangan ahh”

“aku tengok google ...semua ckp perempuan haram isap vape”

“Tak payah la nak hisap vape ke ape..xde faedah buang duit..dlm surat kabar ada keluar kata haram hisap vape. “

Sebenarnya, kalau nak merokok atau Vape tu hak masing-masing tapi sebagai artis tak perlulah bangga dan menayangkannya di laman sosial kerana ia bakal jadi bahan kritikan para peminat.

Read more…

"Saya Mahukan Duit Atau Maruah" Rita Jawab Semua Kenyataan Biadap Aidil Yg Cuba Menjatuhkannya

Susulan itu, Rita menerusi portal mStar berkata Aidil tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk melangsaikan bayaran berkenaan.

Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.
Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan.
Berbicara mengenai luahan Aidil di Instagram yang mempersoalkan Rita berjuang demi maruah ataupun duit, aktres itu berkata apa yang beliau lakukan selama ini hanya kerana anak-anak.
Malah, beliau juga redha jika Aidil tidak mahu membayar tuntutan tersebut.

Dia marah dan persoalkan adakah saya mahukan duit atau maruah. Kenyataan yang keluar di media pun berdasarkan pertanyaan daripada pihak media. Macam inilah, kalau dia nak bagi (bayaran mutaah), saya terima. Kalau tak nak pun tak apa. Itu urusan dia dengan Allah.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berkahwin secara senyap di Thailand. Selepas menghadapi beberapa kontroversi mengenai perkahwinan mereka, pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. 


Read more…

Banduan Dedah Sikap Sebenar Anwar Ibrahim Di Dalam Penjara Sekarang

Bekas banduan menceritakan pengalaman sedih Anwar di penjara

Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.

“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat.

Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.

Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran.

Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang tidak ralat gambarnya disiarkan Suara Keadilan.

Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar. Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.

Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.

Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur. “Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan.


Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur..ujarnya sayu

KOMEN ANWAR MAHATHIR DI TAHAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertanya soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam.

Memetik laporan TMI, “Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November,” kata bekas musuh politik beliau.

“Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan menyuarakan kritikan terhadap perdana menteri mengenai krisis 1MDB,” katanya Anwar.




Beliau yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada 1998, berkata demikian mengulas laporan mengenai siasatan polis terhadap bekas bosnya kerana kenyataannya mengenai 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.




“Jika Dr Mahathir pun dilayan sebegitu rupa, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam keadaan bahaya yang serius,” kata Anwar.


“Perlembagaan kita dan hak demokrasi rakyat yang terjamin di bawahnya tidak boleh diketepikan atau diganggu kerajaan atau agensi penguat kuasa.


“Saya melihat dengan kerisauan yang semakin meningkat, ketegangan autoritarianisme yang semakin buruk, dilakukan mereka yang berkuasa.”


“Tindakan yang kasar dan menekan ini hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan terhadap perdana menteri, kerajaan dan institusi yang terlibat dalam usaha menutup mulut pengkritik.


“Saya menyeru supaya gangguan ditamatkan terhadap Dr Mahathir, dan semua orang lain, yang hanya menjalankan tugas mereka terhadap negara kita dengan bersuara menentang kesilapan dan salah laku dilakukan kerajaan dan pemimpinnya,” katanya.

Read more…

GEMPAR!! Gadis Ini Terima Padah Allah Bayar Cash Selepas Dia Menghina Al-Quran Dengan Teruk

Vitalia Shesya memberi keterangan pers terkait dirinya ditangkap polisi setelah pesta narkoba. [Foto: Faisal R. Syam/Liputan6.com] 

Liputan6.com, Jakarta Vitalia Shesya ketiban sial. Model majalah pria dewasa yang penuh kontroversi ini diciduk polisi saat sedang pesta narkoba di sebuah hotel di kawasan Ancol, Jakarta Utara, Sabtu (11/7/2015). Tak sendirian, bersama tiga pria dan empat wanita lainnya, Vitalia pun digelandang ke Polsek Pademangan guna diperiksa lebih lanjut. 

Anehnya, pemilik nama Andi Novitalia ini malah mengunggah foto dirinya dengan Kapolsek Pademangan, Kompol Benny Alamsyah di media sosial Path. Berbagai cacian pun mengarah kepada Vitalia, tak terkecuali di akun Instagramnya.
Vitalia Shesya sempat-sempatnya berpose bareng polisi usai ditangkap dan dinyataka positif narkoba
Selain foto bersama Kapolsek Pademangan, banyak netizen yang mengomentari foto lain Vitalia. Ada yang mengaitkan penangkapannya ini dengan azab dari Tuhan akibat dianggap menghina Alquran. Sebelumnya, Vitalia pernah mengunggah video parodi bersama temannya melalui aplikasi yang sedang ngetren Dubsmash.com. 

Di video itu, Vitalia mengenakan hijab dan terlihat sedang mengajarkan bacaan doa Al Qur’an kepada temannya. Meski menutup bagian kepalanya dengan kerudung, namun Vitalia tetap mengenakan baju ketat lengan pendek warna biru. Di situ, ibu dua anak ini mencoba mengeja bacaan ‘Allahumma inni as’aluka’ yang artinya ‘Ya Allah, aku sungguh memohon kepada-Mu’. 

Dari suara yang di-dubbing, Vitalia sempat tertawa lantaran temannya salah mengeja bacaan tersebut. Di akhir durasi video pun, terlihat jelas artis kelahiran 15 November 1986 itu tertawa geli. Alhasil, netizen pun mengomentari video tersebut.
Vitalia Shesya [Foto: Panji Diksana/Liputan6.com]
Berikut kutipan komentar yang dihimpun Liputan6.com di akun Instagram Vitalia Shesya,Vitaliashesya15, Selasa (14/7/2015). 

“Kena azab karena mempermainkan kitab suci Al Qur’an. Sangat cepat Allah menghukumnya. Naudzubillahimindzalik,” kata akun Ikaretnopalupi. 

“Al Qur’an dibuat main-mainan. Sok-sokan pakai jilbab, tapi baju kayak gitu. Mampus lo masuk bui. Dasar t*i,” timpal akun Bebyirma. 

“Al Qur’an kamu jadikan tertawaan, lantaran mau ikut tren buat begituan, hahaha. Mampus kau kan. Sekarang dipenjara, apa kau tak tahu Allah sangat marah atas perbuatanmu. Rasakan hukuman penjara itu, belum seberapa. Nanti hukuman di akhirat lebih dari ini yang kau rasa. Mudah-mudahan tidak ada orang yang berani mempermainkan Al Qur’an,” sindir akun Effafitriany. 

Meski dipenuhi cacian, ada juga netizen yang coba membela Vitalia Shesya. Seperti komentar dari akun Bayuagungmahendra di Instagramnya. 

“Jangan suka men-judge orang kayak begitu. Mendingan introspeksi diri, karena diri kita sendiri saja belum tentu benar. Ini bulan puasa, nggak baik berkata-kata kasar seperti itu.”
Vitalia Shesya 

Dari hasil pemeriksaan urine, diketahui Vitalia positif mengonsumsi narkoba. Hal itu diperkuat dengan barang bukti temuan polisi di hotel tempat mereka pesta narkoba. Di TKP, polisi mendapati satu butir narkoba jenis ekstasi, satu bungkus plastik bening berisikan 2,91 gram ganja, 50 butir Happy Five, satu alat hisap ganja dan uang US$100.

Read more…

Aidil Rindu Pada Anak. Bagi Komen Paling PANAS Yang Pasti Buat Rita BENGANG!

Kapten pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, memberitahu mStar Onlinebahawa dia akan membayar tuntutan muta’ah atau saguhati perceraian bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sekaligus, dan enggan berhutang apa-apa dengan wanita itu.
Aidil diperintahkan untuk membayar sebanyak RM 30,000 dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000 melalui keputusan mahkamah pada 6 Oktober. Bagaimanapun, dia mengakui masih belum membayar kerana masih belum menerima surat perintah dari mahkamah.

Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.

Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia.

Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.

Aidil juga memberitahu dia sentiasa membayar nafkah anaknya dan menjalankan tangungjawab sebagai bapa untuk anak-anak itu:-

Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa.

Ketika ditanya sama ada dia dapat bertemu dengan dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, Aidil berkata:-

Tidak. Walau apa pun dia (Rita) cuba buat, anak-anak tetap ber’bin’kan Aidil Zafuan.

Kalau betullah cara saya ini, satu hari nanti anak-anak akan tahu sendiri perkara yang sebenar.
Tidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi melalui beberapa kenyataan sebelum ini, Aidil memberitahu dia mengalami masalah untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Di Instagram miliknya juga, Aidil beberapa kali memuat naik mengenai kerinduan terhadap mereka.

Semoga terdapat jalan penyelesaian buat masalah ini, jika tidak dalam masa terdekat, mungkin di masa akan datang.

Read more…

GEMPAR!! Bunyi Jeritan Manusia Dan Bau Daging Terbakar Akhirnya MEMBONGKAR Misteri

TAPAH 3 Nov. – “Saya pernah terde­ngar dua kali jeritan dan tangisan seolah-olah meminta tolong di sekitar bengkel, tetapi saya fikir mungkin anak pemilik bengkel itu yang menjerit.”

Demikian dakwaan seorang wa­nita yang hanya mahu dikenali sebagai Zah ketika ditanya mengenai kes pembunuhan empat individu yang terbongkar selepas penahanan seorang lelaki bersama tiga ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di dalam kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Menurut wanita berusia 50-an itu, dia beranggapan demikian ke­rana salah seorang daripada anak lelaki tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU).

Dakwanya, dia juga pernah terhidu bau hanyir dan busuk seolah-olah bau bangkai apabila berada berdekatan sungai yang terletak berhampiran tempat suspek dipercayai melakukan pembunuhan itu.

“Kira-kira dua bulan lalu pada pukul 8 malam, saya ada lihat asap tebal dari arah rumah suspek. Saya fikir mungkin dia membakar tayar atau wayar seperti selalu tetapi kali ini berbeza kerana asapnya sangat hitam seperti orang membakar mayat.

“Saya tidak terfikir apa-apa cuma pelik sebab selain berwarna hitam pekat, bau asap itu sangat teruk dan busuk seperti bau darah dan daging terbakar,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran rumah suspek berkenaan.

Wanita itu memberitahu, walaupun lelaki itu telah lama tinggal di kawasan tersebut, namun mereka sekeluarga tidak pernah bergaul dengan penduduk setempat.

“Mereka memang jenis sombong dan tidak menegur orang. Anak lelaki saya juga pernah dimarahi apabila mahu mendekati sungai itu dan kami juga dilarang keras mengambil buluh di belakang rumahnya,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Zah yang berusia 25 tahun berkata, dia tidak menyangka tindakan suspek memagar kawasan rumahnya menggunakan kepingan zink rupa-rupanya bertujuan mengaburi pandangan penduduk sekitar.

Katanya, lelaki itu juga sejak beberapa bulan kebelakangan ini se­ring dilihat seolah-olah memantau keadaan rumahnya dari arah seberang sungai.

“Dia sering datang dan kelihatan seperti sedang meninjau keadaan rumahnya dari arah sini (seberang sungai). Kadang-kadang dia naik ke atas (bukit) dan melihat dari sudut atas.

“Walaupun pelik, kami tidak be­rani bertanya dan hanya melihat sahaja tindak-tanduknya. Lagipun, mereka sekeluarga jenis tidak bercampur orang, jadi kami memang tidak berani untuk bertegur sapa dengan mereka,” dakwanya.

Read more…

[VIDEO] Gadis Bertelanjang Bulat, Selamber Buat Pintu Tak Kunci Akhirnya Dicekup! Berlaku di Puchong


PUCHONG – Keengganan beberapa tukang urut membuka pintu bilik di sebuah pusat urutan di Bandar Puteri di sini, membongkar kegiatan tidak bermoral dijalankan di premis terbabit.

Hasil serbuan dijalankan, tukang urut didapati dalam keadaan berbogel bersama pelanggan di atas tilam nipis di bilik tersebut.

Ketika serbuan kira-kira jam 12.05 pagi tadi, tukang urut terbabit pada mulanya enggan membuka pintu dan berdiam diri dalam bilik urutan.

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor kemudian terpaksa memecahkan pintu apabila arahan tidak diikuti. – Sinar Harian


Read more…

“Judi, Pelacuran, Arak Kau Biarkan. Tunggu Kau!” – Kementerian Kesihatan Diugut Dan Dikecam Orang Ramai Hanya Kerana...

Baru sahaja mengumumkan bahawa serbuan dan merampas cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin akan dilakukan beberapa hari lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan serta merta memulakan operasi tersebut mulai semalam. 

Sehubungan dengan itu, beberapa kedai di kawasan Selangor telah menjadi sasaran utama pihak KKM melakukan serbuan tersebut. Difahamkan, ada yang mengalami kerugian sehingga RM200,000. 

Oleh itu, pemilik kedai vape meluahkan rasa bengang dan kesal melalui laman Facebook rentetan dengan tindakan yang ‘tidak adil’.

Judi..Pelacuran Arak Kau Biar..Tunggu Kau!
Hai Subra..Lu kena ingat yaa machaa.. Apa you buat ada balasan..You kena ingat yaaaa.. Banyak sebab kenapa umno harus tumbang! Judi..pelacuran dan arak kau biar..Vape 90% malayu? Kau raid kaw2.. Tunggu kau! 

Selain itu, seorang lagi pemilik kedai di Shah Alam Mohd Azlan Mustafa, 31, juga diserbu kira-kira pukul 3 petang semalam. Menerusi Malay Mail Online, Azlan kerugian kira-kira RM 1,000. 

Katanya, dia tidak menjual produk dari China atau yang dicampur sendiri tetapi hanya menjual stok dari Amerika Syarikat dan buatan tempatan. 

“Ini sudah kacau periuk nasi orang”
(Sekadar Gambar Hiasan) 

Notis rampasan diberikan dan pegawai KKM memaklumkan kalau nak buat rayuan perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam, tapi apa ‘point’ dia? Kita bukan jual “raw” nikotin .
Tambahnya, tidakan KKM dianggap “tidak adil” kerana menjejaskan periuk nasi usahawan kecil yang sedang bergelut dalam tekanan ekonomi saat ini.

Kami bukan orang senang. Kalau betul nak rampas, kenapa tidak didik dulu masyarakat tentang vape tapi terus rampas? [Tindakan] ini sudah kacau periuk nasi orang.
Selain itu, ini antara lagi reaksi pemilik kedai yang telah diserbu.
Macam Haram Jadah La KKM
Macam haram jadah la KKM..semalam cakap di halalkan…tup2 ari ni kau nak buat rampasan kat kedai2 vape..bukan sikit modal..atas 30k tau… matila nak..berhati2 la wahai vapeshop.

Read more…

MEMALUKAN! Punca Sebenar Che Ta Menipu Ramai Customernya Dan Block Mereka Selepas Menipu!

Beberapa hari lepas menerusi akaun Instagram Miss Kepoh terdapat individu yang melaporkan bahawa mereka sudah ditipu selepas membayar beribu ringgit dan masih belum menerima produk minyak wangi Rozita Che Wan seperti yang dijanjikan.
Malah, ada pihak yang cuba untuk mengadu masalah tersebut melalui Instagram Che Ta tetapi mereka akhirnya di block apabila memberikan komen tentang apa yang berlaku. Ramai yang tidak berpuas hati akan perkara ini dan meminta agar pihak Che Ta segera memberikan maklum balas berhubung kes berkenaan. 

Tidak mahu terus dipersalahkan dan dihimpit kontroversi, Che Ta menerusi portal mStar Online menjelaskan masalah produksi di kilang antara punca kelewatan untuk stok minyak wangi beliau.

Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan. 

Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu. 

Walaubagaimanapun menurut Che Ta beliau sudah memaklumkan kelewatan tersebut kepada semua stokis beliau dimana stok minyak wangi beliau akan dapat diselesaikan pada hujung bulan November.
Namun, rasa tidak puas hati berkaitan perkara ini timbul apabila ada sesetengah agen yang mengambil stok minyak wangi melalui stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli. Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang. 

Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan. Kerana rasa tidak puas hati juga ada pihak yang menuduh Che Ta hanya bersenang lenang menggunakan duit tersebut untuk bercuti baru-baru ini. 
Agak sedih mendengar tuduhan sebegitu, Che Ta menafikan beliau menggunakan wang tersebut untuk bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun. Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja. 

Nampaknya setiap perkara sudah dijelaskan oleh Rozita Che Wan dengan terperinci. Harap tiada pihak yang akan menokok tambah cerita. Sepatutnya agen tidak perlu mengambil sebarang bayaran daripada pembeli jika tiada stok, bila pembeli sudah mengamuk disalahkan pula pihak atas. Sabarlah Che Ta inilah dugaan orang berniaga. Orang tahu kita bermewah sahaja tetapi tidak tahu usaha ataupun keperitan yang harus dilalui untuk berjaya.

Read more…