[Close x]

'Dia Semakin Kesuntukan Masa, Hanya Ada 9 Bulan Sahaja Lagi. Tolonglah...'

Di hari Jumaat yang indah ini, saya mahu anda membaca coretan kecil ini.

Ini adalah Azian Shaharuddin. Beliau pesakit kanser Lymphome tahap empat dan juga menghidap tumor di bahagian otak kanannya.

Azian, meskipun penglihatannya semakin susut, dia masih mampu membuat gelang kristal dan menjualnya.

Beliau melalui hari-harinya seorang diri tanpa bantuan dari mana-mana individu atau mana-mana persatuan kanser. Beliau memerlukan RM300-RM500 sehari untuk membayar kos rawatannya 3 kali sehari.
Dengan membuat gelang kristal dan menjualnya yang dalam masa sama menanggung kesakitan itu sajalah caranya menanggung kos rawatan perubatannya.

Azian semakin kesuntukan masa, beliau hanya mempunyai masa selama 9 bulan sahaja lagi. Tolonglah, tolong beli gelangnya. Moga Allah merahmati anda.

Azian Shaharuddin 7016606156 - CIMB atau hubungi Haidar Abu Bakar - 016-9716068. Nor Akmar Nordin.

Read more…

Terjawab Akhirnya! Rita Rudaini Dedah Kekasih Hatinya Yang TERKINI!! Patutlah SENYUM Sampai Telinga.

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam hidupnya.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah ada kekasih baharu.)

Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.
Sebenarnya, cinta yang dimaksudkan adalah minyak wangi itu dan saya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produk ini. Peminat memberitahu mereka ingin melihat saya bahagia dan doa itu membuatkan saya gembira.

Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sekarang saya masih solo, namun itu bukan bermakna saya serik bercinta lagi, cuma penat perlu menjaga hati orang. Pun begitu, saya minta peminat terus mendoakan saya bertemu jodoh yang menyayangi saya dan anak.

Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan. Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga.

Read more…

Sayu! Cerita Sedih Disebalik Senyuman Shah Rukh Khan Bila Dia Pertama Kali Dedahkan....

INILAH WAJAH IBU SHAH RUKH KHAN iaitu Lateef Fatima Khan seorang muslim..wajahnya jarang kita tengok..inilah kali pertama shah rukh khan mendedahkan gambar ibunya di ulang tahun ke 74 ibu beliau..walaupun ibunya sudah tiada shah rukh khan tetap mengingati ibunya..

Kapanlagi.com - Aktor tampan Shah Rukh Khan sepertinya sedang dilanda rasa emosional yang teramat dalam. Namun ia masih bisa menyembunyikan perasaan tersebut dengan candaan yang meggelitik namun dikemas seolah hal yang serius.

Momen spesial yang membuat Shahrukh Khan merasa emosional tak lain dan tak bukan adalah hari ulang tahun ibunya yang jatuh pada Rabu (1/7). Tak tinggal diam, Shahrukh Khan pun akhirnya berkicau akan hal ini.

"Dia hari ini seharusnya berusia 74 tahun dan aku mungkin akan ditampar karena sudah memberitahukan usianya. Hari ini adalah hari yang bahagia," tulisnya.
Ini dia sosok Lateef Fatima Khan, ibu Shahrukh Khan berulang tahun ke-74 pada 1 Juli @twitter.com/iam_srk

Sudah menjadi rahasia umum jika wanita kerap risih dan tak suka jika umur sebenarnya diungkapkan pada banyak orang. Karena itu Shahrukh sadar betul dan seolah siap jika hari itu sang ibunda akan menamparnya.

Namun itu hanya sebatas candaan semata dari Shahrukh Khan sebab faktanya sang ibu yang bernama Lateef Fatima Khan sudah meninggal di tahun 1991 silam. Meski sudah meninggal cukup lama namun rasa sayang Shahrukh pada orang tuanya tak pernah pudar.

Faktanya ia masih ingat dengan jelas hari ulang tahun dan usia Lateef. Sebelumnya di Hari Ayah Internasional Shahrukh juga mengunggah foto ayahnya Taj Mohammed Khan yang sengaja ia buat kolase bersama putranya Aryan Khan dan AbRam Khan.

Ibu Shahrukh Khan adalah sosok pekerja sosial yang sangat dekat dengan anak-anaknya. Saat Lateef meninggal dunia di tahun 1991, kakak perempuan Shahrukh yakni Shahnaz Lalarukh kemudian menderita depresi berat. Karena itu sebagai anak lelaki aktor 49 tahun itu kemudian mengambil alih tanggung jawab untuk keluarga.

Read more…

TERKINI!! Dato Vida Berani Mati Cabar TMJ. TMJ Sanggup Terima Ke Cabaran Dato Vida?

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mencabar pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan The Red Warriors (TRW) sebelum permulaan saingan Liga Malaysia 2016.

Usahawan wanita itu berkata, beliau memilih JDT kerana menyifatkan ia sebagai pertemuan antara buku dengan ruas.

"Walaupun Selangor kuat, begitu juga Pahang dan Kedah tapi kita pilih dua teratas. Kita lihat Kelantan hambar tahun lepas tapi pasukan ini perlu lawan pasukan sama kuat.

"Perlawanan buku bertemu ruas antara JDT dan Kelantan," katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Jumaat.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menyampai hasrat Vida itu.

"Perlawanan ini cetusan idea positif dan saya akan cuba sembah maklum kepada Tunku Mahkota Johor untuk sampaikan hasrat Datuk Seri Vida tadi," katanya.

Annuar berkata idea tersebut juga merupakan kehendak peminat yang mahu menyaksikan dua pasukan kreatif di negara ini berentap sesama sendiri.

Malah beliau yakin Tunku Ismail pastinya akan mempertimbangkan hasrat tersebut kerana beliau seorang yang dinamik dalam soal membabitkan kemajuan bola sepak negara.

"Terpulang kepada Tunku Ismail... saya fikir beliau akan pertimbangkannya. Beliau seorang yang dinamik dalam menerima idea demi memajukan bola sepak," katanya.

Annuar berharap agar perlawanan persahabatan itu dapat direalisasikan sebelum permulaan saingan Liga Malaysia yang bakal membuka tirainya pada Februari ini.

"Tidak mustahil sebelum permulaan musim kita pertemukan kedua-dua pasukan bagi menghargai penyokong Harimau Selatan dan The Red Warriors, mungkin boleh buat aktiviti amal. Saya terbuka mengenainya," katanya.

Beliau berkata sekiranya perlawanan persahabatan itu menjadi kenyataan, ia boleh diadakan sama ada di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan atau Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Boleh buat sama ada di Kelantan atau pinjam Stadium Bukit Jalil, lagipun ramai penyokong TRW di sini," katanya.

Read more…

"Rasa tak sabar nak melahirkan anak haram ni..."

Ya allah.. gila betul status ni ,,,,, buat pandai , nk beranak n jaga anak bodoh , harap muka je lawa ,, rupa2 nya ,, setann

Bodohh..!! baik bagi anak tu kat orang lainn.. ramai yg nk anak tapi takda rezeki

Sama-samalah kita doakan semoga pasangan ini diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan... amin..

Read more…

6 SOLEKAN SEPERTI INI RUPANYA HARAM UNTUK PEREMPUAN

 
6 Solekan Seperti Ini Rupanya HARAM Untuk Perempuan..!!!

Lumrah buat wanita untuk kelihatan cantik dan bergaya baik didepan suami, mahupun didepan orang ramai. Alatan solek dan produk-produk kosmetik sudah sebati buat mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita lebih banyak menghabiskan wang daripada lelaki semata-mata ingin menjaga penampilannya agar selalu cantik dan mempesona.

Namun, harus diketahui bahawa tidak semua dandanan itu halal. Ada beberapa cara berdandan wanita yang ternyata bertentangan dengan ajaran islam.

Contohnya berdandan seperti wanita kafir yang tidak pernah solat berwudhu kerana takut make upnya luntur terkena air. Ini sudah sangat salah, jadi sudah jelas melanggar aturan islam.
Bagi wanita muslimah, sebaiknya hati-hati ketika ingin berdandan. Kerana 6 dandanan seperti ini rupanya haram buat wanita muslim.

1. BERLEBIHAN DALAM BERHIAS

Dandan yang diharamkan pertama adalah berlebihan dalam berhias, seperti memakan banyak masa semasa mencari kosmetik atau perhiasaan yang diinginkan. Lalu, juga menghabiskan banyak wang untuk membeli kosmetik dan juga perhiasaan tersebut.

“Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan, mahkluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al-Israa ayat 27).

2. MENGHABISKAN BANYAK MASA DIDEPAN CERMIN

Sesungguhnya yang berlebih-lebihan itu sangatlah tidak baik. Menghabiskan banyak masa bersolek didepan cermin dengan berbagai macam make up adalah cara dandan yang haram untuk wanita muslim.

3. MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ramai wanita sekarang ini nak cantik, tapi sayangnya kecantikkannya itu dilaknat. Bulu kening yang ciptakan Allah dicukur nipis, kemudian diukir dengan pensel warna. Nak cakap kerja sendiri lagi cantik berbanding Allah ke ?

Rasulullah melaknat perempuan yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening . ( Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari )

4. MENYAMBUNG RAMBUT
Seterusnya, berhias yang haram buat wanita adalah menyambung rambut. Menyambung rambut diharamkan bagi wanita muslim kerana dapat membahayakan diri mereka sendiri.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami’ ash-Shaghir).

5. BERDANDAN MENYERUPAI LAKI-LAKI
Berdandan tidak hanya menggunakan kosmetik, juga menggunakan pakaian dan perhiasaan. Wanita yang suka berdandan dengan menyerupai laki-laki seperti menggunakan pakaian lelaki adalah haram hukumnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).

6. MEMBUKA AURAT
Membuka aurat adalah haram baginya baik laki-laki maupun perempuan. Aurat hanya boleh dilihat oleh muhrimnya saja, selain itu dosa baginya.

Rasulullah SAW bersabda, “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).

Tidak salah untuk kelihatan cantik, tetapi berpada-padalah dan ikutlah syariat islam. Sudah jelas jika wanita yang berdandan secara berlebihan itu sangatlah tidak baik dan bahkan berdosa. Jadi, jika anda seorang wanita muslimah, sudah semestinya anda sedari hal ini untuk terhindar dari perbuatan maksiat dan juga dosa kepada Allah.

Read more…

'Bibik Durjana ! Silap Besar Aku Percaya Dekat Kau !'


BUKAN NK RACIST

Bibik yang aku layan seperti adik sendri.. Segala keperluan aku jaga tanpa minta se sen duit dia.. Baik segi makan, tempat tinggal dan pakaian .. Semua aku sedia sebaik mungkin sehingga org kata tu adik aku!!

Tapi aku tak kisah apa org cakap.. Aku fikirkan dia jaga anak aku.. Jadi aku xnk dia layan anak aku kasar.. Tapi ini balasan yang aku dapat !!

Lari dari rumah.. Curi pasport .. Kononya aku xbg cuti.. Walhal setiap masa kalau aku tgk muka dia bermasalah aku tanya dia.. Aku risau dia rindu anak dia.. Aku bg telefon pada dia .. Topup sebyk yg mungkin utk dia lepas rindu..

Dlu ada seorg bibik.. Bibik hilang ganti dia.. Bibik lama balik.. Kami jaga juga.. So ada 2 bibik.. Skrg dua2 pergi kerna ikt nafsu Lelaki!! Kononnya nangis2 rindu anak! Bila di ugut ke penjara.. Skit xtakut.. Langsung xgetar.. Walhal boleh minta mak ayah dia jaga anak dia.. Katanya nnt 3 4 tahun dia pulang la...

Lari ke rumah kongsi blkg taman aku.. Tapi silap langkah.. Kawasan aku semua ada guard.. N bangla di kongsi sendiri kol polis.. Sebb dia cuak.. Syukur dpt jumpa bibik2 durjana ni

Kalau dasar indonesia cakap pun pusing2.. Alasan kata aku xbg cuti. Walhal dia xpnh minta cuti.. Srh rehat pun kdg2 dia xnk.. Kalau aku g bercuti.. Dia pun dpt bilik hotel sama macam aku.. Sikit aku xbezakan.. ! Duit advance nk beli rumah aku dh bagi atss dasr percaya.. Dan dia ada kontrak 1 tahun ag dengan aku.. Ye aku SILAP percaya semua tu!!

Sekarang semua hilang dalam satu masa!! Dugaan buat aku sekeluarga.. Syukur anak2 aku selamat.. Dan brg2 yg dia ambik sempt aku ambik semula (walaupun baju ) .. Lupa nk cite.. Dlu seblm start keje aku xkasi dia pegang hp.. Rupanya dlm diam dia ada 2 lagi hp lagi canggih dr hp yang dia bg aku pegang!! Siap boleh ber whtsapp ag!! Fuh stress kena TIPU dengan BIBIK INDONESIA

RITA DIANA - 24 tahun
NAITEM - 55 tahun

Majikan di luar sana.. Hati2 lah.. Bukan bermakna diorg bekerja lama dengan kita.. Diorg boleh percaya... Semua tu LAKONAN.. indonesia mmg pandai bermuka !!

Tonton video dengan klik link di bawah...

https://www.facebook.com/anyys.aery/videos/vb.1065810208/10206752464984658/?type=2&theater

Read more…

Lelaki Ini Nekad Dedah Sikap Kurang Ajar Pekerja KFC Di Damansara ! Serius BIADAB Giler !

Read more…

22 Alasan Cerai Yang Paling Merepek Berlaku Di Selangor. No 2 Tu Serius Tak Masuk Akal !

Kita biasa dengar kes-kes perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
Anda mungkin merasakan perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan alasan yang tidak munasabah untuk bercerai.

Read more…

"Fad datang ni Pak Yus..." Sayu Gambar Terkini Kubur Arwah Yus Jambu Setelah Genap 44 Hari

Fad Bocey dalam Instagramnya meluahkan rasa sayu setelah genap 44 hari Arwah Pak Yus meninggalkan kita semua. Semoga tenang di sana. Al Fatihah.

Read more…

‘Saya Terlalu Takut, Saya Terpaksa Membiarkan Dia Mencabul Diri Ini...’

Bagi yang perempuan, kalau naik bas balik cuti sem ke, saya cadangkan cari dulu single seat. Kalau dah habis single seat, saya cadangkan pula beli terus tiket kedua-dua seat. Biarlah duit melayang asalkan maruah terjaga. Kalau sudah tiada jalan dan dapat pula double seat serta ditakdirkan sebelah kamu lelaki, minta tukar seat dengan sesiapa. InshaAllah orang itu faham. Tetapi yang paling baik, jangan balik seorang diri. Balik dengan rakan yang boleh dipercayai dan itulah yang terbaik.

Saya dulu ada pengalaman. Saya naik bas nak balik rumah saya di Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, semasa bas itu berhenti di perhentian untuk berehat, saya nampak ada seorang gadis tak berhenti-henti menangis.

Pada mulanya saya malas nak mengambil tahu tetapi saya tengok dia seperti ada masalah, lalu saya pun bertanya.

"Kenapa cik menangis? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal saya pada dia yang hanya mendiamkan diri dan semakin kuat pula tangisannya.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya dia membuka mulut untuk bercerita. Rupa-rupanya semasa dia duduk di couple seat itu, ada warga asing yang meraba-raba dan cuba mencabul dia. La haw la wala quwwata illa billah.

"Kenapa tak menjerit atau buat apa-apa tindakan?" soal saya lagi.

Rupa-rupanya warga asing itu mengugut dirinya.

"Saya nak menjerit tetapi ada pisau di sebelah perut saya. Saya terlalu takut dan tak tahu nak buat apa pada masa itu. Saya terpaksa membiarkan diri saya dijamah olehnya," katanya.

"Mana warga asing itu sekarang?" mata saya mula melihat sekeliling.

"Dia dah turun dah," katanya.

Kalaulah lelaki itu masih berada di sekitar ini, saya nak saja beritahu pemandu bas itu agar boleh ambil tindakan terhadap lelaki durjana itu.

Sewaktu dia menceritakan kejadian itu kepada saya, memang terasa geram sangat dan terasa mahu saja membelasah lelaki warga asing itu. Bukan nak tunjuk hero tetapi saya fikir bagaimana jika yang menjadi mangsa lelaki miang itu adalah keluarga saya sendiri?

"Sekarang cik pergi duduk di tempat saya yang single seat itu dan saya duduk di tempat cik," arah saya pada dia yang akur saja.

Wajah dia memang nampak trauma sangat. Saya boleh rasa perasaan dia pada ketika itu. Kasihan sungguh.

Selepas kejadian itu, saya termenung memikirkan bagaimanalah negara Malaysia kita pada masa akan datang. Dengan warga asing yang berjuta-juta diimport masuk ke Malaysia, Allahurobbi.

Apa-apa pun ingatlah nasihat saya pada yang perempuan. Balik perjalanan jauh jangan balik seorang diri. Kalau sudah terpaksa dan tiada rakan nak temankan, apakan daya.

Beli single seat dulu, jika tiada, terus beli couple seat itu sebab kita tidak tahu siapa yang akan duduk di sebelah kita. Kalau dapat yang sama jantina, Alhamdulillah. Kalau dapat yang sebaliknya? Mahu bukan rezeki si lelaki itu.

Biarlah duit melayang sikit asalkan maruah terpelihara. Itu yang paling penting. Saya harap anda dapat panjangkan status ini kerana saya tidak berbohong. Memang perkara ini realiti yang terjadi di depan mata saya sendiri. Semoga Allah SWT merahmati anda semua. - Wan Mohamad Fadhli

Read more…

'Mereka Pegang Dan Cukur Bulu Kemaluan Saya Sambil Tergelak-Gelak !'

Salam warga Sungai Petani, nak tanya sikit. Baru-baru ini saya ada menjalani pembedahan kecil membuang kelenjar yang tumbuh di celah paha saya.

Kejadian ini berlaku di Hospital Sultan Abdul Halim. Sebelum pembedahan dijalankan, seorang jururawat datang menyuruh saya membuka seluar untuk memeriksa bahagian yang hendak dibedah.

Tiba-tiba mereka marah saya.

"Kenapa tak cukur bulu ni?!"

Kemudian, dua jururawat muda ini mengambil pisau cukur, memegang kemaluan saya dan mencukur bulu kemaluan saya sehingga licin sambil tergelak-gelak.

Saya benar-benar terkejut dan tidak tahu nak kata apa. Apabila saya bertanya pada mereka, mengapa perlu dicukur bulu kemaluan sedangkan yang hendak dibedah itu adalah bahagian celah paha.

"Kalau doktor nampak 'semak samun' ini, dia tak akan melakukan pembedahan ini," kata mereka.

Adakah perkara ini satu kewajiban atau mereka sengaja mengambil kesempatan ke atas diri saya? Perlukah saya melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa? - Pengadu

Read more…

Kisah Akaun Bank Giro Milik Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz Yang Tak Pernah Diceritakan Buat Anda TERKEJUT

Kebiasaannya, apabila seseorang itu memegang jawatan besar, duitnya pun 'besar' dan sepatutnya tak ada masalah dengan kewangan.

Namun apa yang diceritakan oleh Sunarti Kibat, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia, mengisahkan perkara berbeza yang berlaku pada bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Dipetik laporan dari portal Harakah, Sunarti memberitahu satu kisah yang melibatkan beliau dan Abe Loh, seorang pemandu merangkap rakan dengan Almarhum Nik Aziz.

Sunarti menceritakan satu pengalaman luar biasanya apabila dia terserempak dengan kereta rasmi Tok Guru yang diletakkan di luar bangunan untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.

"Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.

"Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.

"Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.

"Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.

Apa yang lebih mengharukan, jumlah yang diperlukan bukanlah sampai beribu-ribu tapi baki di dalam akaun bank Almarhum tidak mencukupi.

"Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.

"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.

"Tok Guru royak (cakap) gapo (apa) tadi bila tahu pitih (duit) tak cukup...?" soal saya.

"Semula (Lain kali).... Tunggu gaji." kata Abe Loh.

Jawapan ini membuatkan Sunarti merasa terkejut dimana biarpun Almarhum seorang yang berstatus Menteri Besar pada ketika itu tetapi terpaksa menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.

Mengakhiri kisah tersebut, Sunarti berkata selepas peristiwa itu, dia tidak lagi susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja.

"Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.

"Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah.",katanya.

:: Dipetik dari buku Bicara Ini Buat Murabbi

Read more…

Berita Sedih Buat Seluruh Kakitangan Kerajaan Yang Berstatus Kontrak..!! Apa Dah Jadi Ni..??

PUTRAJAYA - Sumber dari seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.

"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada," kata sumber.

Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.

Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.

"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.

"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, sumber yang lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.

"Semua kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatannya dan akan digantikan dengan jawatan yang kekal. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun seterusnya," jelas sumber kedua.

Difahamkan beberapa agensi kerajaan juga giat menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun lalu bagi mengelakkan gerak kerja setiap agensi tidak terjejas.

Read more…

Geng Ibu Kaki Selfie Ketika Susukan Anak BENGANG Dengan Teguran BERANI MATI Yana Ini

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegur segelintir golongan ibu agar tidak memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, berkata, perkara itu dilihat tidak manis sebagai wanita Timur meskipun foto selfie yang dipaparkan tidak mendedahkan kulit mereka.

"Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

"Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfieketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia tidak manis dipandang," katanya yang dihubungi mStar Online.

Yana diminta mengulas mengenai statusnya di Facebook tentang kaum ibu yang gemar memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup dada dengan sebarang kain.
Status itu dimuat naik berikutan isu viral di laman sosial 'Amran Fans' mengkritik golongan ibu yang suka mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak masing-masing.

Perkara itu membuatkan ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan status tersebut dan memuat naik lebih banyak gambar mereka sedang menyusukan anak.

Kata Yana, pada zaman moden yang menyediakan pelbagai alternatif lain untuk menyusukan anak seperti kain 'apron', para ibu sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut.

"Saya tahu 'apron' menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

"Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

"Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu," katanya.

Sementara itu, Yana menyifatkan isu tersebut juga akan menjadi pengajaran untuknya apabila bergelar ibu satu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Yana bakal memulakan penggambaran drama untuk siaran Astro di bawah terbitan KL Motion Pictures.

Selain itu, Yana turut sibuk menguruskan butik baru miliknya iaitu Ayana by Yana Samsudin yang bakal dibuka tidak lama lagi di Seksyen 7, Shah Alam.

Read more…

Akhirnya Punca Sebenar Kematian Adik Arianna Di Taska Terjawab. Kesiannya Ya Allah

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska Mohammad Shauqi dan Nur Farhana memangku jenazah anak mereka untuk dibawa pulang ke Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah. (Gambar kecil) Nur Ariana

SHAH ALAM – Kematian seorang bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Gelugor, Pulau Pinang tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Menurut hasil bedah siasat, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid, lapor portal berita tempatan.

Nur Arianna Safiyyah meninggal dunia semalam, selepas ditemui lembik dan sesak nafas oleh pengasuhnya. Dia disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke klinik kesihatan.

Bapanya, Mohammad Shauqi Zainondin, membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecilnya.

Jenazah Nur Ariana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah malam tadi.

Read more…

Cara Melabur Di ASB Selama 5 Tahun Dan Dapat RM110,000. Siapa Ada ASB Wajib Baca Ini

Perancangan untuk 5 tahun mendatang terbaharu aku ialah;

Buat ASB Financing RM200K. Katakan bulanan RM1200 setahun RM14,400.
Lepas setahun, katakan dividen diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.
Buat pula ASB2 Financing RM200K yang bayaran sebulan RM1100 dan setahun RM13,200.
Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM1300 (RM14,500-RM13,200) untuk belanja atau disimpan.

ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan dan ASB2 dibayar menggunakan dividen ASB1.
Selepas setahun. ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7%. Dan jumlah dividen bakal diperolehi RM14,000.
Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah, kita bayar ASB2 tiap bulan dan ansuran ASB1 bayar menggunakan dividen ASB2.

Layan langkah 7 sampai 5 tahun.
Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.

Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi komitmen kita masih sama.

Lepas 5 tahun kita terminate kita dapat:

ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal (60 bulan) : RM22,270

ASB2
Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320

Jumlah: RM110,690

Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).

Dapat RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda HR-V tunai!!

Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.

Amacam faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K lah, ada RM20K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.

Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke, 5 tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.

Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.

Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang saja. - El Azman

Read more…

‘Saya Telah Bersangka Buruk’- Kisah Penjaga Di Villa Selalu Dapat Bungkusan Misteri Sehingga...

Kata orang, jika tidak tahu perangai seseorang tu jangan lah kita cepat menilai. Kadang-kadang orang yang muka macam penyangak, muka sombong, muka masam itu lah yang punyai nilai murni yang sangat tinggi. Mungkin itu personaliti mereka yang tak dapat dielakkan.

Ini mengisahkan tentang seorang driver yang pernah bekerja dengan seorang kaya, yang mempunyai sebuah villa dan kereta mewah. Menurutnya, majikannya tak pernah menegur atau ingin berkawan dengannya. Sehingga lah sesuatu perkara berlaku, tanggapan lelaki ini ternyata salah..

‘Tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya’

‘Beliau langsung tidak memandang pada saya’
Mula dapat bungkusan misteri setiap hari
Sehingga lah pada satu hari
Hidup jadi kacau bilau
Mula sedar bahawa..
‘Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran..’
Terbongkar segalanya..
Terima bungkusan kembali tapi dari..
‘Saya telah banyak bersangka buruk’
Kesimpulannya..

Read more…

Diejek & Dihina – Gadis Ini Tutup Mulut ‘Haters’ Dengan Transformasi Yang Sangat MENGEJUTKAN

Dalam hidup ini tiada apa yang mustahil untuk kita gapai jika berusaha. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Pendek kata semua kena ada usaha.

Kisah transformasi wanita ini yang dulunya berbadan besar, diejek dan dimaki oleh orang sekeliling jadi viral dek kerana penampilannya kini yang cukup luar biasa.

Mungkin orang yang maki dia dulu sekarang tengah ‘makan hati’!

Tutup mulut orang dengan cara ini!
Dek kerana tak tahan lagi mendengar segala kata-kata yang berbaur ejekan daripada orang sekeliling, wanita yang dikenali sebagai Safiya Ezzati ini nekad merubah dirinya.

Berikut antara foto-foto sebelum dan selepas. Makan hati ke tidak, memang tak mustahil.

Apa rahsianya?

Read more…

TERKINI..!!! Tun Mahathir Dedah Agenda Rayani Air Yang Cuba Mempermainkan Islam. Allahuakbar..!!!

KUALA LUMPUR - Rayani Air memperkenalkan konsep syarikat penerbangan patuh syariah hanya untuk mendapat keuntungan menggunakan agama Islam, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, lapor Free Malaysia Today.

"Kita dapati, pemiliknya bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan dari agama Islam. Sekarang ini macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.

"Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat penerbangan Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain?" katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Mufti Perlis, pramugari MAS menghidangkan arak kepada penumpang, Tun Mahathir berkata, MAS sudah lama berhenti berbuat demikian.

"Tidak ada, tidak hidang alkohol lagi. MAS sudah lama berhenti dan benda itu tidak sepatutnya timbul. Negara Islam dan penduduknya 100% Islam juga tidak suruh buat seperti itu (henti hidang alkohol sewaktu penerbangan).

"Kita hendak menunjuk yang kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tak pakai tudung pun Islam juga, orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengata orang itu bukan Islam. Adakah melayan penumpang dengan bertudung menunjukkan kita lebih Islam?" soalnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT.

Klik link di bawah untuk menonton video...

MAB tidak perlu ikut patuh Syariah Rayani Air... oleh FreeMalaysiaToday
 

Read more…

Wajib Diambil Tahu Hukum Suami Cium Jenazah Isteri

 
Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,Kuching

Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.

Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102615#sthash.Xhpa3Vge.dpuf

Read more…

Luahan Sayu Menyentuh Hati Bapa Nur Athirah Selepas Anaknya Menipu Seluruh Rakyat Malaysia

“Baik atau buruk dia tetap anak saya, darah daging saya.”

Itu luahan Abdul Majid Landu, 40, yang menyatakan rasa kesal serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan anaknya, Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, yang didakwa berbohong dengan menyatakan telah diculik dua lelaki India di Klang, Ahad lalu.

Abdul Majid ketika dihubungi tidak menyangka anaknya itu sanggup berbuat demikian selain meminta semua pihak dapat memaafkan anaknya itu yang disifatkan masih mentah serta tidak berfikir secara matang.

Sebagai bapa katanya, beliau sudah tentu khuatir serta takut akan keselamatan anaknya berdasarkan perbualan telefon Nur Amirah Atirah yang meminta bantuan kakak angkatnya, Noor Fazila Misnan, 23, dengan mendakwa dia telah culik seperti yang tersebar di media-media sosial sebelum ini.

“Maka sebab itu saya buat laporan polis. Mendengar suara anak saya (Nur Amirah Atirah) meminta tolong daripada kakak angkatnya menerusi perbualan telefon itu... hati siapa yang tidak rasa bimbang, lebih-lebih lagi saya sebagai bapanya.

“Bagaimanapun, saya sendiri tidak sangka dia sanggup buat begitu kepada saya sekeluarga. Saya faham tindakannya telah menyusahkan banyak pihak, namun saya berharap masyarakat tidak menghukum atas ketidakmatangannya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Majid tidak menolak kemungkinan menghantar anaknya itu ke pusat pemulihan akhlak dan berharap perkara seumpama itu tidak lagi berulang.

“Perkara (hantar ke pusat pemulihan akhlak) itu biarlah dahulu, nanti saya akan fikirkan. Biarlah perkara ini reda dahulu dan hari ini pun dia ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya yang tidak menyatakan secara terperinci mengenai pemeriksaan tersebut.

Ahad lalu, Nur Amirah Atirah mendakwa telah diculik oleh dua lelaki India di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini apabila rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar menerusi media-media sosial.

Lebih membimbangkan gadis itu turut mendakwa telah dilarikan dalam sebuah van berwarna putih dan dalam perjalanan untuk dijual di negara jiran.

Bagaimanapun tembelang remaja yang dipercayai mempunyai masalah pembelajaran itu terbongkar selepas dia akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat bersama teman lelakinya kira-kira pukul 10 malam, Khamis lalu di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini hanya dua suspek iaitu teman lelaki remaja terbabit serta seorang lagi lelaki berusia 45 tahun ditahan berhubung kes itu.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selasa depan,” katanya yang turut yakin tiada lagi suspek lain akan ditahan.

Read more…

Akhirnya Dato Siti Ada Kekuatan Untuk Dedah Punca Sebenar Kandungannya Gugur. Kesiannya Ya Allah...

Awal Disember lalu industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Biarpun pada awalnya khabar gembira itu sudah heboh diperkatakan sejak awal November, Siti bagaimanapun belum bersedia berkongsi perkara terbabit.

Menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Ilahi dan ujian buatnya, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa ini tetap reda.

“Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini.

“Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya.

Menurut Siti, kurang rehat ialah antara sebab dia mengalami keguguran.

“Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami.

“Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya,” katanya.

Tambah Siti yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 21 Ogos depan, dia dan suami tidak pernah berputus asa bagi memiliki zuriat sendiri.

“Doakan semoga selepas ini lebih cepat . Menurut doktot kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat.

“Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa,” katanya.

Menjalani tempoh berpantang seperti wanita lain, Siti kini dalam proses mengembalikan bentuk badannya.

“Diakui selepas mengalami keguguran, badan saya kelihatan berisi. Insya-Allah, selepas ini saya akan kembali menjalani rutin senaman seperti biasa,” katanya.

Jadi insan lebih baik

Melangkah ke tahun baru 2016, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini masih tidak berganjak dari azam sebelumnya.

“Azam saya tahun ini sama saja iaitu mahu menjadi insan yang lebih baik, berperanan dan me­nyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya juga mengharapkan agar kerjaya dan perniagaan dapat berjalan dengan baik selain setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya, Insya-Allah,” katanya.

Berkenaan kerjaya nyanyiannya, Siti dalam perancangan menghasilkan single dan album baru.

“Tahun ini genap 20 tahun saya dalam industri seni. Selain lagu dan album baru, saya juga berharap dapat mengadakan sebuah konsert berskala besar. Itu pun jika ada rezeki dari segi penajaan.

“Setiap tahun seboleh-bolehnya saya mahu memberikan sesuatu kepada peminat. Saya mengambil apa peluang yang datang dahulu dan saya berharap dapat merealisasikannya,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104261#sthash.XWI0i9Wp.dpuf

Read more…