[Close x]

Komen Lucu Petugas Maxis Buat Pelanggan Terhibur

Seorang petugas Maxis Listens bernama Firdaus berjaya menarik perhatian ramai seta mencuit hati orang ramai.

Layan mesranya terutama apabila menggunakan loghat utara menjadikan pelanggan yang sedang ebrang pun menjadi lembut hatinya dan terus tak jadi marah.

Perbualan antara Firdaus dan juga seorang pelanggan bernama Zahier telah menjadi viral dan medapat liputan dari portal Malaysia.

Diharap lebih ramai lagi petugas yang mesra dan bagus seperti Firdaus ini.

Jom baca tweet dari petugas Maxis yang mesra alam ini.

Read more…

VIRAL!! Dato’ Siti Nurhaliza Balas Komen Cristiano Ronaldo Di Instagram Jadi Perhatian

 
Seperti manusia yang lainnya, Dato’ Siti Nurhaliza juga sebenarnya tidak terlepas dari menjadi peminat pemain bola sepak paling popular di dunia ketika ini iaitu Cristiano Ronaldo. Dan, komen penyanyi nombor satu Malaysia di Instagram baru baru ini mendapat perhatian. 

Dalam satu kemaskini di Instagram beliau, Cristiano Ronaldo telah memuat naik sekeping gambar beliau yang mahu menaiki pesawat untuk terbang ke satu destinasi dan komen yang ditinggalkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza agak sweet untuk dibaca.
“Safe flight dear..,” tulis penyanyi itu yang mendapat perhatian ramai. Kemaskini pengguna Twitter, Haikal Ramlee sehingga hari ini sudah menerima lebih 5,000 reaksi. Tidak mengapa, kami faham penyanyi ini pun peminat seperti kita.

Read more…

[VIDEO] Kerana CEMBURU, Lelaki Langgar Bekas Isteri Dan Teman Lelaki Barunya Sampai MATI

Kerana cemburu, seorang lelaki bertindak kejam melanggar bekas isterinya dan teman lelaki barunya.
Kejadian yang berlaku di China itu dilaporkan media tempatan pada dua hari lalu.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan, Zhang secara tiba-tiba memecut laju melanggar bekas isterinya, Qin dan kekasihnya Min ketika berjalan untuk masuk ke sebuah premis, dipercayai balai polis.

Selepas melanggar kedua-dua mangsa, Zhang kemudiannya mengheret Min dan menendang kekasih bekas isterinya. Bagaimanapun Min didakwa telah mati ketika dirempuh.

Qin pula terselamat dalam kejadian itu meskipun dia juga ditendang oleh Zhang.

Tonton video di bawah...


Read more…

Wanita MENGAMUK Dakwa Ditipu & Dapat Dress Buruk Dari Fashion Designer TERKENAL

Sudah menjadi trend masa kini khususnya pengantin wanita yang mahu melansungkan perkahwinan pasti diiringi oleh bridesmaids dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan.

Seperti mereka yang lain, kakak kepada wanita ini turut mengimpikan perkahwinan diiringi oleh bridesmaids mengenakan dress yang cantik namun lain pula jadinya apabila ‘ditipu’ oleh sebuah butik.

Janji design lain, dapat design lain. Malah siap lari dan lepas tangan tak mahu bersemuka. Siapa tak berang kan?

Janji lain, dapat lain
Menurut pemilik akaun Twitter yang bernama Suraya Hanim ini, kakaknya telah menempah wedding dress & bridesmaids dresses di sebuah butik terletak di Neo Damansara.

Pada awalnya butik berkenaan bersetuju untuk menerima tempahan terbabit berdasarkan contoh yang diberikan harga rm380 selepas discount.

Namun semuanya bertukar hampa apabila melihat hasil dress yang telah siap. Memang tak sama langsung dan sangat mengecewakan.

Lepas tangan
Paling menyakitkan hati bila designer terbabit memberi seribu satu alasan setiap kali diajak berjumpa bagi menyelesaikan masalah ini.

Pada masa sama netizen turut meluahkan rasa geram terhadap designer terbabit sambil menyifatkan dress sedemikian mampu dimiliki dengan harga yang jauh lebih murah.

Menurut netizen juga butik berkenaan banyak masalah dan pernah satu ketika didakwa menipu seorang selebriti tempatan.

Read more…

“Ainun Bangunlah Sayang.. Gaun Merah Ini Untuk Ainun”

JOHOR BAHRU – “Ainun bangunlah sayang.. Ibu beli gaun merah untuk kita sambut hari raya Aidiladha bersama,” luah ibu muda sebak kepada anak tunggalnya yang sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, sejak seminggu lalu.
Nurizatul Azifah (Amira) Mohd Nazri, 23, berkata, anaknya yang pada asalnya mengalami batuk berpanjangan sejak Ramadan lalu pada mulanya ditahan di wad biasa HSI, namun dimasukkan ke ICU selepas doktor mendapati kuman telah merebak ke bahagian paru-paru dan otak.
Menurutnya, Nur Ainun Husna Muhamad Khuzairi, 3, yang mesra dipanggil Ainun hanya mengharapkan 100 peratus kepada mesin bantuan pernafasan kerana buah pinggangnya juga tidak lagi berfungsi. 

“Sebelum ini saya telah bawa Ainun mendapatkan rawatan di klinik selepas mendapati batuknya berdarah, namun dimaklumkan hanya batuk biasa dan luka pada kerongkong. 

“Bagaimanapun batuknya semakin menjadi-jadi sehingga mengeluarkan darah agak pekat sebelum disahkan doktor kuman telah merebak ke paru-paru selepas saya merujuknya ke HSI,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Amira berkata, dia tidak sampai hati hendak menatap wajah anak yang sebelum ini cukup ceria dan petah bercakap terbaring lesu dan kaku. 

Bagaimanapun menurutnya, dia bersama suami, Muhamad Khuzairi Atan, 24, berusaha untuk tidak menangis setiap kali membisikkan kata-kata semangat ke telinga anak kesayangannya itu. 

“Saya tak nak apa-apa, cuma cukup syukur dapat melihat Ainun bangun dan panggil saya ibu kerana hidup saya cukup sunyi sejak dia terbaring di ICU. 

“Walaupun doktor tak memberi apa-apa harapan, tapi saya bersama keluarga tidak putus dengan doa memohon perkenan ALLAH agar anak saya kembali pulih semula. 

“Saya tak mengharapkan apa-apa sumbangan, cuma mohon orang ramai doakan kesihatan anak saya dan sekiranya ada yang benar-benar ingin menderma datanglah jenguk anak saya di HSI,” katanya.

Read more…

[GAMBAR] Akhirnya Che Ta Berlaku "Jujur" Dedahkan Punca Meraikan Hari Jadi Anak Macam Anak Raja

Malam semalam telah berlangsung majlis sambutan hari lahir anak sulung Che Ta, Ammar Effendy yang ke 19 dalam suasana yang cukup meriah dan gilang gemilang. Majlis itu juga turut dihadiri oleh rakan selebriti yang lain.

Umum mengetahui bahawa Che Ta sememangnya sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya malah dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan di mStar Online, dia juga telah menyediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan ketiga-tiga anaknya.

“Saya tidak mahu anak-anak saya lalui apa yang saya rasa dahulu. Dahulu kalau ingin sesuatu terpaksa menunggu lama. Kalau boleh selagi saya mampu saya akan beri kepada mereka dan saya juga sudah sediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan mereka,” jelasnya kepada portal tersebut.

Kami kongsikan beberapa keping gambar sambutan hari lahir Ammar yang diadakan dalam majlis yang cukup elegan dan meriah bersama anda. Enjoice!

Read more…

[3 GAMBAR] NGERI... Dua Maut TERCAMPAK Dari Permainan Di Taman Hiburan

DUA maut selepas tercampak ketika menaiki permainan di sebuah taman hiburan apabila kakitangan bertugas didakwa tidak memberikan masa yang cukup kepada pengunjung memasang tali pinggang keselamatan sebelum menghidupkannya bagi memulakan permainan.

Mangsa terjatuh dari permainanan pada ketinggian lebih 20 meter di Taman Hiburan Longshan di Pingyang, Wenzhou Citu di Zhejiang, China.

Saksi memberitahu Peoples Daily Online bahawa mangsa jatuh dari permainan yang diberi nama ‘Scream’ sejurus selepas ia bergerak.

Dua lagi pengunjung cedera parah dalam kejadian pada tengah hari Jumaat.

Dipercayai kakitangan bertugas yang menghidupkan permainan yang pertama kali dibuka untuk orang awam pada Jumaat itu tidak memberi peluang kepada pengunjung untuk memperbetulkan tali pinggang keselamatan mereka.

Taman hiburan berkeluasan 0.4 hektar itu merupakan destinasi popular untuk keriangan seisi keluarga.

Pengunjung berpeluang untuk menaiki mana-mana 17 permainan yang disediakan termasuk ‘Scream’.

Ia merupakan satu-satunya taman hiburan di Wenzhou City, 1,609 kilometer dari Beijing.

Read more…

"KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?" INI JAWAPAN SEBENAR YANG PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM

GAMBAR HIASAN SAHAJA 

Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya.

Begini kisahnya... Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal... Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?

Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW... Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti... Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin. Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan.. Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab... Begitu kisahnya..

Kenapa Allah pilih Nabi Isa bangsa Israel bukan Nabi Muhamad bangsa Arab? Wallahu'alam...


Sumber

Read more…

MASHA'ALLAH... Ibu Terlibat KEMALANGAN Sempat Menyusukan Anak Sebelum Nafas Terakhir

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah.
Gambar Hiasan 

Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.

Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…

Read more…