[Close x]

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN RM1 Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN Atau Sign AISHAH Yang Perlu Anda Tahu!!

Pada kali ini kami ingin berkongsi maklumat tentang keunikan Duit RM1 Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN yang sentiasa menjadi buruan pengumpul-pengumpul duit lama untuk dijadikan koleksi dalam simpanan setiap ahli Numismatik. Duit RM1 ini sememangnya dianggapkan mempunyai misterinya sendiri kerana keunikan sejarahnya yang menyebabkan tidak semena-mena Duit RM1 Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN ini menjadi tinggi nilainya sehingga mencecah harga melebihi RM1000.00 sekeping…

Daripada maklumat Bank Negara Duit ini tersilap Pengedarannya kepada umum kerana masa wang ini diedarkan ketika dalam proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara yang Baru daripada Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gabenor Baru Tan Sri Zeti Aziz…
Duit RM1 ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan ..telah diedarkan semasa Gabenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.

Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya. Kesemua Duit RM1 yang ditandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini supaya ditarik balik serta-merta dan wang RM1 ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB…
Hanya RM1 Ringgit Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:

CR 720 0001 – CR 720 9999 [ prefix pemulaan ]
CR 721 0001 – CR 721 9999
CR 722 0001 – CR 722 9999
CR 723 0001 – CR 723 9999
CR 724 0001 – CR 724 9999 [ prefix terakhir ]

Daripada fakta ini Duit RM1 ringgit Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada umum adalah berjumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724. Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724adalah last prefix untuk Duit Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN yang masih ada tertinggal sekarang ini…

Diharap perkongsian ini.. berguna untuk anda.. kenapa dan mengapa duit RM1 ringgit Sign Gabenor ALI ABUL HASSAN @ sign Aishah ini bernilai tinggi.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. masih tak faham.. kenapa nilainya tinggi sekiranya ia merupakan duit yang silap terlepas kepada umum?

    ReplyDelete