[Close x]

Wow!! Wajah Terkini Juara-Juara Pencarian Dewi Remaja Dari Tahun 1985 Sehingga 1998

9 Pemenang Utama Pertandingan Dewi Remaja 1985 - 2015..!!! 

Pencarian Dewi Remaja Merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan untuk versi lelaki iaitu Hero Remaja.

Jadi jom kita imbas senarai pemenang-pemenang dan bintang yang dilahirkan dari siri Pencarian Dewi Remaja dari awal penganjurannya di tahun 1985 sehinggalah sekarang... 


Edisi 1 - Pencarian Dewi Remaja 1985/1986
Pencarian dewi remaja yang pertama dianjurkan adalah di tahun 1985 lebih kurang 20 tahun yang lalu 

Paling kiri - Sharifah Sheril Aida, bekas penyanyi, ibu saudara kepada Scha Al-Yahya (Juara Dewi Remaja 05/06) No. 2 dari kiri - Rehana Yasin, pelakon Gila-Gila Remaja bersama Faizal Hussein


Tengku Anis - Pemenang Pencarian Dewi Remaja yang pertama di tahun 1985 / 1986 
Sehingga kini kejelitaan Tengku Anis tetap terserlah walaupun sudah hampir 28 tahun kenangan itu berlalu. 


Edisi 2 - Pencarian Dewi Remaja 1987/1988Atas sambutan menggalakkan, pencarian dewi remaja diteruskan di tahun 1987 dan telah menobatkan supermodel Aleeza kassim sebagai pemenang.


Paling kiri - Sharifah Shawati, pembaca berita TV3
No 2 dari kiri - Mimi Wahedah, model
No 4 dari kiri - Lily Patra, pelakon
No 6 dari kiri - Aleeza Kassim, pelakon (pemenang Dewi Remaja tahun tuh)
No 10 dari kiri - Azah Aziz, pelakon (kini menetap di Perancis)


Pemenang utama pencarian Dewi Remaja 1987


Aleeza Kassim - pemenang pencarian dewi remaja 1987 / 1988

Kalau dilihat, Aleeza kassim tampak jauh berbeza dari penampilannya sewaktu menyertai pertandingan dahulu tapi masih gorgeous.

Teruskan Selongkar...



Pencarian Dewi Remaja 1990/1991

No 3 dari kiri - Kuza, pelakon
No 4 dari kiri - Umie Aida, pelakon & penyanyi (ketika tuh pakai nama Ermie Zura dalam Dewi Remaja)
No 6 dari kiri - Jasmeen Dhillon, pemenang tahun tuh
No 7 dari kiri - Irene Santiago, model
No 8 dari kiri - Ogy Ahmad Daud (Kak Ogy), pelakon, penyanyi, pengacara, mentor
No 9 dari kiri - Jasmin Hamid, model, pelakon yang masih hot (masa ni dia umur 17 tahun)
No 13 dari kiri - Roslinda Rasul, bini Joe Wings


Sofea Jane (paling kanan), Jasmin Hamid (Dua Dari kanan), Umie Aida (Tiga dari kanan) dan Ogy Ahmad Daud berbaju kuning


Finalis sewaktu berentap di final Pencarian Dewi Remaja


Jasmeen Dhillon pemenang pencarian dewi remaja 1990 / 1991 menewaskan peserta lain.


Edisi 4 - Pencarian Dewi Remaja 1994/95
Wan khatijah, Wanita kacukan Melayu dan Perancis ini merupakan pemenang utama Pencarian Dewi Remaja keempat bagi sesi 1995/1996. Anak kelahiran Terengganu ini, kemudiannya mula mendapat perhatian dalam industri seni tempatan ke dunia modeling, pengacara tv rancangan dan turut melibatkan diri di dalam bidang lakonan.
Wan Khatijah (pemenang) - pelakon
Rozita Che Wan (pemenang Jun, tarik diri di final) - pelakon


Edisi 5 - Pencarian Dewi Remaja 1997/98
Jualiana Banos sewaktu ditabalkan sebagai Dewi Remaja 


Juliana Banos, kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini merupakan Pemenang Dewi Remaja 1997/1998 - Juliana Banos bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan sempat merakamkan beberapa buah album selepas disambar syarikat produksi ternama KRU Record. Juga pernah berlakon dalam filem filem Gila-Gila Pengantin dan filem Gerak Khas The Movie II.

4 comments:

  1. mn ade kak ogy n sofea jane...2 org lain laa..

    ReplyDelete
  2. Itulah hahaha main jek ogy & sofea jane, ogy msa tu hot star

    ReplyDelete
  3. Itulah hahaha main jek ogy & sofea jane, ogy msa tu hot star

    ReplyDelete
  4. yg dikatakan ogy itu adalah Susan Roses Yusof dan yg dikatakan Sofea Jane itu adalah Rubiana Ahmad Jabar

    ReplyDelete