[Close x]

GEMPAR!! Bagaimana Bekas Eksekutif Bank Ini Menghasilkan Peranti Vaping Bernilai RM1,500 Seunit

Penggunaan vape kini dilihat semakin berleluasa di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga merupakan antara trend terkini dan permintaannya telah meningkat mendadak pada ketika ini.

Vocket telah berjaya menemubual Tuan Bryan, seorang usahawan yang menjadikan industri vaping sebagai perniagaan beliau. Perniagaan vaping yang diusahakan oleh tuan Bryan berbeza berbanding penjual vaping yang lain kerana beliau menawarkan pembuatan high ends box mod untuk para pelanggan vaping beliau.
Sebelum anda terus membaca artikel ini, Vocket ingin mengingatkan anda bahawa pendedahan ini bukanlah bermakna kami menggalakkan anda menjadi pengguna vape tetapi lebih kepada sudut pandang dan sisi bisnes.
Ok, tanpa buang masa ayuh kita teruskan dengan sesi temubual ini.

Vocket: Mohon tuan Bryan ceritakan sedikit latar belakang seperti nama penuh, umur, asal dan pekerjaan?

Bryan: Nama senang dikenali sebagai Bryan sahaja. Lahir tahun 84 dan asal KL, pekerjaan sekarang vape business owner. Dahulu seorang eksekutif bank selama 9 tahun.

Vocket: Boleh tuan terangkan serba ringkas apakah itu Vaping supaya orang-orang di luar sana lebih memahami.

Bryan: Vaping adalah alternatif lain bagi menghisap rokok tembakau yang mana tujuan utama adalah menghindar perokok daripada menghisap rokok tembakau.

Dengan menghisap Vape diharap ia dapat membantu seseorang untuk hidup ke arah yang lebih sihat. Dengan ini juga diharap perokok dapat berhenti dari menghisap rokok tembakau dan juga kemudiannya berhenti dari vape sekaligus.
Vocket: Sudah berapa lamakah terlibat dalam industri vaping terutama dalam bidang pembuatan high ends box mod ini? Dan apakah box mod pertama yang dicipta?

Bryan: Bermula Jun 2014 sudah 1 tahun saya ceburi bidang pembuatan mod ataudevice untuk vaping, beserta 4 orang lagi dalam 1 team saya.

Mod pertama saya adalah Pandora’s Box, regulated device dikuasai oleh DNA40 Gold.
Vocket: Melihat kepada rekaan Pandora’s Box Mod, ianya sesuatu yang sangat cantik dan kami sendiri terpikat. Apakah Tuan pernah mendapatkan pendidikan dalam seni reka produk/industri?

Bryan: Ilham design untuk Pandora’s Box atau PB for short datang dari beberaparough sketch yang mana saya sendiri berkeinginan untuk menggunakan 1 mod yang bukan sahaja tampak moden tapi mempunyai nilai estetik tersendiri dan mengutamakan konsep ergonomic serta pocket friendly for daily usage.

Saya tiada pendidikan seni reka. Pendidikan seni saya di sekolah dulu selalu dapat ‘C’.

Vocket: Dari manakah Tuan mendapatkan inspirasi untuk membuat Pandora Box Mod?

Bryan: Inspired by Greek mythology, Pandora’s Box adalah sebuah myth yang mana sebuah kotak sangat misteri dan sangat menarik hati; tetapi kandungan di dalamnya mempunyai harapan (hope). Jadi saya pun menggunakan tema danmyth itu untuk ilham rekaan PB.
Vocket: Boleh ceritakan serba ringkas proses pembuatan Pandora, daripada pemilihan bahan mentah, aksesori sehingga ke art work? Dan berapa lamakah proses untuk menyiapkan satu unit Pandora Box Mod?

Bryan: PB menggunakan utmost quality material, dari wayar yang terbaik, pilihan kayu yang berkualiti dan cantic pattern nya hingga ke proses finishing quality PB amat di titik beratkan pada setiap PB yang kami bina. 1 mod boleh memakan masa 1 hari ke 7 hari bergantung pada proses finishing pada mod tersebut.

Vocket: Adakah Tuan menghasilkan Pandora ini secara bersendirian atau mempunyai tim?

Bryan: PB team seramai 5 orang dengan skillset yang tersendiri.

Vocket: Seperti high ends box mod yang lain, kami mendapat tahu (dari stalkinginstagram/facebook) Pandora dijual kepada mereka yang berjaya memasuki senarai pembeli melalui group khas di Facebook. Bagaimakah proses ini dilakukan? Dan berapa unitkah yang dihasilkan untuk setiap batch?

Bryan: PB boleh ditempah melalui list yang dibuka di group vaping terpilih di FB. Bila mana list dibuka, anda perlu pantas untuk masukkan nama anda sebagaipotential buyer.

Jika nama anda di dalam list of spots yang dibuka, maka anda boleh membeli seunit PB. Number of spots in 1 list varies, depending on groups.
Vocket: Sekiranya seseorang berjaya memasuki senarai untuk membeli, berapa lamakah seseorang itu perlu tunggu untuk menerima Pandora Box Mod yang ditempah?

Bryan: Jangkamasa menunggu 3 bulan ke 9 bulan, kerana ia adalah hasil kerjahand finishing.

Vocket: Kami yakin, ini antara soalan yang ramai mahu bertanya. Berapakah harga seunit Pandora Box Mod? (Dalam RM)

Bryan: Harga dari RM1500 ke atas mengikut finishing mod dan kayu.

Vocket: Apakah pencapaian yang telah diterima hasil ciptaan Tuan ini (Pandora Box Mod)?

Bryan: Antara pencapaian saya adalah diiktiraf sebagai sought after mod dan berada di antara top 5 amongst other mods around the world. Dan juga beberapa featuring di dalam majalah vape luar negara.

Vocket: Akhir sekali, mohon berikan sepatah dua kata kepada mereka yang mahu berjinak dan berminat dalam penghasilan high ends box mod?

Bryan: Modding bukan lah sesuatu yang mudah. Saya ambil masa 8 bulan untuk buat kajian dan belajar tentang material dan internal wiring. Jika anda ada idea dan design, buat prototype dan fahamkan design anda.

Dan paling penting, ketelitian terhadap mod yang dibina serta ownership ke atas mod yang dibina.
Soalan Bonus

Vocket: Bolehkah Tuan menghasilkan satu Pandora Box Mod khas kepada Vocket?

Bryan: InsyaAllah..tak boleh berjanji kerana kami punya wait list around 300++ names and counting.

Terima kasih kepada Tuan Bryan atas kerjasama dan perkongsian beliau.

Buat pembaca di luar sana, apa pula alternatif yang boleh anda tawarkan atau perniagaan yang boleh anda jalankan agar pengguna vape juga boleh meninggalkan ketagihan vape dengan lebih mudah?

Setiap masalah adalah peluang.

Sumber: thevocket.com

1 comment:

  1. The researchers and doctors start out with the prejudice that vaping is a bad thing, and, because of confirmation bias, interpret the result as, obviously, supporting their view. It seems so obvious that they don't even consider any other possibility" herakles plus tank

    ReplyDelete