Fesyen Jepun yang menarik, pelik, dan berwarna-warni.
Mereka tidak akan judge apa saja pilihan fesyen yang kamu gayakan, asalkan kamu berani menggayakannya. Tetapi jika diperhatikan, orang Jepun suka gunakan warna-warna yang terang dan berwarna-warni dalam berpakaian.
Fesyen Jepun memang sangat daring dan pelik sehingga beberapa artis Barat turut menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam muzik dan perniagaan mereka.
Gwen Stefani memang sangat meminati fesyen Jepun, sehingga jenamanya pun dinamakan Harajuku, nama 'fashion street' di Jepun.
Avril Lavigne meminjam konsep kawaii Jepun dalam video muzik terbarunya, Hello Kitty.
Katy Perry mengenakan pakaian Kimono dalam sebuah konsert.
Fesyen 'Japanese Lolita'.
Fesyen ini juga mula mendominasi keinginan berfesyen buat para remaja Muslimah Melayu. Untuk menjadikannya sesuai dengan orang Islam, ia digayakan dengan skirt atau seluar panjang.
Contoh pakaian lolita muslimah.
Dalam video ini dinyatakan bahawa penggemar fesyen ini tidak kisah membeli kostum lolita yang kebiasaannya harus diimport dari Jepun atau China. Harga setiap kostum boleh mencecah sehingga RM400.
Gadis ini memberitahu yang dia import pakaiannya secara online dari Jepun dan China.
Gadis ini menunjukkan cara mengenakan aksesori pada tudung.
Manakala gadis ini mengaku mula meminati lolita selepas dipengaruhi dengan anime kesukaannya.
Pada pendapat kami, tak salah berfesyen dengan gaya apa pun, asalkan ianya tidak keterlaluan dan tidak melanggar syariat Islam.
Lolita Muslimah sering mengadakan perjumpaan untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Tetapi kami berpendapat, jika benar ia menarik perhatian pun tiada salahnya kerana pakaian yang dipakai masih lagi dalam kategori sopan dan tidak memalukan. Aksesori berlebihan? Itu terpulang kepada selera fesyen masing-masing.
Terlalu mahal dan membazir? Kami rasa, ia sama saja dengan fesyen bertudung yang lain di mana seseorang itu sanggup berbelanja besar untuk jenama tudung tertentu, atau sanggup memakai lebih dari selapis tudung demi kelihatan cantik.
Selain itu, orang sekarang juga sanggup beratur berjam-jam demi mendapatkan rekaan terbaru tudung dari jenama kegemaran.
0 comments:
Post a Comment