[Close x]

Banduan Dedah Sikap Sebenar Anwar Ibrahim Di Dalam Penjara Sekarang

Bekas banduan menceritakan pengalaman sedih Anwar di penjara

Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.

“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat.

Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.

Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran.

Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang tidak ralat gambarnya disiarkan Suara Keadilan.

Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar. Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.

Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.

Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur. “Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan.


Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur..ujarnya sayu

KOMEN ANWAR MAHATHIR DI TAHAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertanya soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam.

Memetik laporan TMI, “Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November,” kata bekas musuh politik beliau.

“Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan menyuarakan kritikan terhadap perdana menteri mengenai krisis 1MDB,” katanya Anwar.




Beliau yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada 1998, berkata demikian mengulas laporan mengenai siasatan polis terhadap bekas bosnya kerana kenyataannya mengenai 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.




“Jika Dr Mahathir pun dilayan sebegitu rupa, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam keadaan bahaya yang serius,” kata Anwar.


“Perlembagaan kita dan hak demokrasi rakyat yang terjamin di bawahnya tidak boleh diketepikan atau diganggu kerajaan atau agensi penguat kuasa.


“Saya melihat dengan kerisauan yang semakin meningkat, ketegangan autoritarianisme yang semakin buruk, dilakukan mereka yang berkuasa.”


“Tindakan yang kasar dan menekan ini hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan terhadap perdana menteri, kerajaan dan institusi yang terlibat dalam usaha menutup mulut pengkritik.


“Saya menyeru supaya gangguan ditamatkan terhadap Dr Mahathir, dan semua orang lain, yang hanya menjalankan tugas mereka terhadap negara kita dengan bersuara menentang kesilapan dan salah laku dilakukan kerajaan dan pemimpinnya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment