[Close x]

“Kadang-kadang Masa Malam Tengah Tidur, Orang Baling Batu Dekat Rumah Pakcik”

Kami ambil daripada Facebook Nurul Dinson atas pengalamannya sendiri. Semoga ada iktibar yang kita boleh ambil daripada cerita ini. Kami ubah ayat dan perkataan untuk memudahkan pembacaan anda semua.

Semalam (28.08.15) aku lepak minum di Kedai Marlis Wangsa Maju sebelum pergi main badminton.Sedang aku duduk minum,datang seorang pak cik tua yang dah buta bersama isterinya pergi ke 1 table ke 1 table untuk minta belas ihsan..Ada org yang menjeling,buat taktahu time dorang minta ihsan..dan mak cik tuh cakap dekat pak cik tuh, 'Abang, situ tak ada org...' ( padahal ada orang, tapi org tuh menjeling je ke arah pak cik & mak cik ni)...Mereka hanya pergi beberapa table sahaja sebab pak cik dan mak cik tuh dah tak larat berjalan.Then pak cik tuh, duduk di penjuru manakala mak cik tadi pergi berjalan ke belakang kedai lain.. hati aku terpanggil untuk ikut mak cik tuh. Rupanya dia memesan makanan di kedai melayu belakang. Aku tanya mak cik tuh, 'Mak cik beli makanan? Saya bayar yaa makanan mak cik'. Sekeras hati mak cik tuh ckp ' Takpe nak, mak cik taknak susahkan anak'..Aku terus pergi kat counter, aku bayar mak cik tuh punya bungkusan makanan..aku datang balik dekat mak cik tuh..'Mak cik jangan risau, hari ni rezeki mak cik,saya ikhlas sangat,saya hantar mak cik balik ok'..Mak cik tuh jwb, Jangan nak, rumah mak cik rumah kampung,rumah kami buruk sangat-sangat,biar laa kami jalan (air mata mak cik tuh dah bergenang)...aku jwb,'Mak cik anggap hari ni Allah swt dah amanatkan hambanya ini untuk tolong mak cik & pak cik walaupun sikit'..

Sementara tggu makanan, aku borak ngn mak cik tuh
Aku : Mak cik,boleh saya tahu, mak cik mmg tak ada anak ke?
Mak cik : Ada seorang,tapi Allah swt lebih sayangkan dia..
Aku : Innalillah,mak cik datang sini naik apa?
Mak cik : Jalan kaki dengan pak cik. Pak cik tuh dulu nampak, lepas dia jatuh sakit, dia punya pandangan tak nampak dah. Mak cik ada sebelah je buah pinggang. Kami berdua sakit,tapi dengan cara ini je kami boleh buat untuk beli ubat,makanan kami dan makanan untuk kucing kami di rumah.
Lepas siap makanan, aku hantar mereka pulang dekat rumah. Ketika dalam kete, mereka berborak
Pak cik : Terima kasih sangat-sangat nak..semoga Allah murahkan rezeki kamu
Aku : Amin...pak cik tinggal dengan siapa kat rumah?Takda orang jaga ke?jiran ke?
Pak cik : Kami jaga kucing. Banyak kucing kami. Kami disisih degan org kat sekeliling rumah tuh. Kadang-kadang time malam tengah tido, orang baling batu dekat rumah pak cik, baru-baru ni, pintu rumah pak cik dah kopak dorang buat. Kunci pakai rantai je sekarang. Maklumlah rumah kami buruk..
Aku : ( terdiam. Air mata aku mengalir, Ya Allah, aku tak sangka ada yang sanggup buat mcm ni )
Mak cik : Rumah kami rumah kampung. Nanti anak letak kete kat tepi je, jiran2 nampak kete anak nanti, dorang akan bercakap-cakap.
Aku : biarkan dorang, mulut orang kita tak boleh tutup..
Dah sampai rumah mereka,hati aku menangis tgk keadaan rumah mereka,lalu aku pun salam mereka. Aku pesan, besok saya datang lagi, mak cik duduk rumah yaa jaga pak cik. Mak cik tuh ckp, terima kasih nak... Baiklah besok mak cik ada dkt rumah..

Kenapa lah masih ada manusia yang sanggup memperlakukan orang tua yang susah seperti ini. Mereka langsung tidak berbuat salah apa-apa tapi masih dianiaya. Di baling batu di rumah tempat mereka berlindung, merosakan rumah yang sudah uzur dan sebagainya. Walaupun sedikit hulurkan bantuan kepada orang seperti mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui untuk teruskan hidup.

0 comments:

Post a Comment