[Close x]

PADAH!! Tetak Tangan Sendiri Hampir Putus Angkara Pengaruh Ilmu Kebal


Kepercayaan dan Amalan Khurafat Serta Penggunaan Azimat sangat popular di kalangan mereka yang suka kepada kuasa-kuasa kebatinan. Malah sering kali dilaporkan di dalam akhbar penjenayah di kalangan warga asing serta pernah suatu ketika dahulu insiden di Lahad Datu di mana penceroboh di Kampung Tanduo turut memakai tangkal untuk sebagai teman setia mereka. Dipercayai Tangkal dan azimat ini membolehkan mereka kebal dan tidak lut dimamah apa-apa sahaja senjata. Bagaimana pula amalan ini di dalam perpekstif Islam ?

Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam.

Haram juga menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam; sumber dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta-penggunaan-azimat-menurut-perspektif-islam

Lihat video yang berdurasi dua minit, empat puluh tujuh saat ini apabila tangkal yang dipakai gagal melindungi si pemakainya.
( Awas video ini mempunyai adegan yang mungkin mengerikan )


0 comments:

Post a Comment