[Close x]

BIADAP !!! Alvin Tan Hina Islam, Cacah Tatu Kalimah Allah Di Bahagian Peha

BLOGGER lucah yang dahagakan perhatian, Alvin Tan nampaknya semakin kurang ajar apabila dia sekali lagi menghina agama Islam dengan cara yang begitu keji.

Kali ini, dia dengan biadap mencacah tatu dengan tulisan nama Allah di bahagian bawah pahanya.

Niatnya itu tidak lain tidak bukan menghina agama Islam.

Menerusi laman Facebooknya, dia memuatnaik gambar terkangkang dengan tatu berkenaan di pahanya untuk tatapan netizens.

“Tak banyak orang yang tahu aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yang Maha Penyayang, Allah SWT, di belakang paha aku… Amin!! #ReligionOfPeace,” tulis Alvin di pautan gambarnya.

Melalui pemerhatian kami di ruangan komen, sebahagian besar sudah menganggap Alvin seperti manusia yang telah ‘dibayar’ untuk mencetuskan isu kemarahan orang ramai, khususnya agama Islam.

Nyata, sikap biadapnya itu turut dikecam ramai termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Its one thing to be vocal. But please respect other religion. This as much as everyone here know the tattoo isn’t real it still does hurt one’s feelings. Show respect to get respect,” tulis Amitdeep Sandhu.

(Bab menyuarakan pendapat adalah hak anda tetapi sila hormati agama lain. Ini sudah jelas menunjukkan anda dengan sengaja mempermainkan sensitiviti agama walaupun tatu tersebut adalah palsu. Hormatilah orang lain agar anda dihormati.)

Kelmarin, dia di laman sosial sama telah membuat ugutan rogol keatas anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bernama Nurulhidayah kerana dirasakan wanita itu cantik pada pandangannya.

Dia kini masih berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan suaka politik.

0 comments:

Post a Comment