[Close x]

Kisah Menyayat Hati Seorang Pengemis & Tuan Kedai Yang Pasti Membuatkan Anda Mengalirkan Airmata

Ramai antara kita akan jauhkan diri daripada pengemis sebab kita fikir mungkin dia akan mencederakan kita dan sebagainya. Tapi video ini akan buatkan sangkaan anda meleset sama sekali.

Dalam video ini, seorang pemilik kedai selalu memukul seorang pengemis yang setiap hari tidur di depan kedainya. Setiap kali dia buka kedai dan lihat pengemis ini, dia akan siram dengan air, pukul dengan penyapu dan lemparkan kata-kata kesat kepadanya. Padahal, pengemis ini tidak sedikit pun menyentuh pemilik kedai tersebut.

Tapi, pada suatu pagi apabila lelaki ini membuka kedainya, dia pelik kerana pengemis tadi sudah tidak lagi tidur di depan kedainya. Wanita di sebelah kedainya memberitahu yang pengemis tadi tidak akan datang lagi ke kedainya. Tak puas hati dengan jawapan wanita itu, pemilik kedai ini melihat CCTV.

Rupa-rupanya selama ini pengemis tadi tidur di depan kedainya untuk mengelakkan daripada budak-budak yang cuba melakukan perkara jahat di kedainya. Dia sedih, menyesal dan kecewa selepas melihat pengemis tadi mati dibelasah lelaki yang cuba memecah masuk kedainya. Dia ditikam hanya kerana melindungi kedai milik lelaki yang selalu memukulnya.

Di dunia ini, walau apa jua pangkat kita jangan pernah memandang orang seperti ini hina kerana dia juga manusia yang punya hati dan perasaan. Mungkin lelaki yang luarnya busuk dan kotor punya hati yang suci bersih daripada kita.


1 comment:

  1. Mcm mana nak tau nama pelakon di dlm iklan ini?

    ReplyDelete