[Close x]

Perhimpunan 'Baju Merah' Dianggap Sah & Dibenarkan Berlangsung - Ketua Polis Negara

Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari ini memetik laporan dari Malaysia Insider.

Menurut Khalid perhimpunan tersebut dibenarkan setelah mendapat kebenaran dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan terbabit.

Tambah beliau, pihaknya juga akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur selain menasihati rakyat agar tidak percaya dengan khabar angin kemungkinan berlaku rusuhan.

“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.

“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment