[Close x]

[Video] Tendang Pelarian Dukung Anak, Wartawan Wanita Dipecat.


Serbia – Jurukamera wanita Hungary telah dipecat selepas secara tidak sengaja dirakam menendang kaki seorang migran Syria yang sedang membawa kanak-kanak sehingga terjatuh, ketika sedang melarikan diri daripada pihak polis berhampiran sempadan Serbia.

Petra Lazlo, yang bekerja untuk stesen TV tempatan N1TV, mengundang cemuhan apabila dirakamkan dengan jelas dalam video menendang migran yang melarikan diri kem, termasuk seorang gadis muda.

Video tersebut dirakam oleh seorang lagi jurukamera yang lain, apabila Lazlo tanpa belas kasihan melakukan perkara sedemikian di sempadan Röszke yang menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke tanah.

Video ini telah dikongsi di media sosial selepas dimuatkan oleh wartawan Jerman Stephan Richter di Twitter, dengan netizen tampil mencemuh tingkah laku Lazlo tersebut.

Berikutan itu, stesen TV berkenaan tampil mengeluarkan kenyataan pada Selasa yang dipetik daripada The Telegraph memberikan petanda kepada umum pada jurukamera wanita itu telah dipecat serta-merta.

“Kami di N1TV hari ini tidak dapat menerima kelakuan yang berlaku di sempadan Röszke. Hubungan kerja kami dengan jurukamera wanita itu telah tamat dan kes ini dianggap selesai,” kata kenyataan itu.

Ratusan migran melalui sempadan polis di Serbia berikutan suasana tegang pada Selasa.

Kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada 1,500 orang yang menunggu berjam-jam di pusat pengumpulan pelarian berhampiran persimpangan Röszke, perhentian pertama sebelum dibawa ke kem pendaftaran.


0 comments:

Post a Comment