[Close x]

ADIK BERADIK SYAITAN ! Ikat Mulut Bayi Hidup² Dan Tinggalkan Hingga Mati

Jempol: Lelaki kejam yang membuang bayi perempuan dipercayai dalam keadaan masih hidup dengan mulut diikat sebelum ditemui mati di ladang sawit di FELDA Palong 2, di sini, pagi semalam sudah ditahan polis.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan petang semalam bersama kakaknya berusia 28 tahun yang melahirkan bayi itu di rumah mereka di FELDA berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, wanita terbabit dipercayai melahirkan anaknya di rumah pada pagi Khamis lalu dan menyumbat bayi itu dalam plastik sampah sebelum membuangnya.

"Suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan, manakala kakaknya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat bayi perempuan itu ditemui seorang penternak lembu dengan tubuhnya dibalut kain batik dan mulut diikat plastik dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengari.
Penduduk, Rahim Ma'an menunjukkan tempat bayi yang ditemui mati oleh Md Jamil Samad ( kiri ) di ladang sawit di FELDA Palong 2. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

0 comments:

Post a Comment