[Close x]

Kisah Sebenar Disebalik Berita Kanak-Kanak 6 Tahun Korban Nyawa Pertahan Kakak Daripada Dirogol di Banting

Kisah menyayat hati, usianya baru enam tahun, namun seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja berkorban nyawa demi menyelamatkan kakaknya daripada dirogol.

Kanak-kanak itu mati dipukul dengan kayu oleh suspek yang juga lelaki Kemboja selepas mangsa menjerit minta tolong supaya kakaknya beusia 11 tahun tidak dirogol.

Lebih menyedihkan mayatnya dicampak ke dalam parit di Ladang Kelapa Sawit FELCRA Batu 7, Sijangkang, Banting sebelum ditemui 12 tengahari kelmarin.

Suspek merupakan warganegara Kemboja dan dia dikatakan telah pergi ke rumah mangsa dan berpura-pura ingin membawa mangsa berjumpa dengan ibu mereka yang dilaporkan hilang sebelum ini. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi. Mungkin ada yang berpendapat kenapa ikut mereka ikut je orang yang tak dikenali pada waktu macam itu kan? Hmm siapa je yang tak rindu kalau ibu ayah tiba-tiba hilang? Mangsa pula diumpan katanya nak jumpa ibu mereka, sah-sah lah mereka nak sangat jumpa.

Bukan sahaja mangsa dan kakak mangsa je yang ikut suspek tapi nenek mangsa juga dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit sebelum suspek bertindak untuk cuba merogol kakak mangsa. Suspek terus panik bila mangsa cuba menjerit dan disebabkan itu suspek telah memukul nenek dan kedua-dua mangsa dengan kayu sehingga menyebabkan kematian kepada nenek dan mangsa yang berumur 6 tahun. Kakaknya pula berpura-pura pengsan untuk menyelematkan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua mayat yang ditemui semalam adalah ibu dan anak berusia 34 dan 13 tahun yang diculik sebelum itu. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek membawa kedua-duanya menaiki motosikal ke lokasi kejadian sebelum membunuh mereka dan selepas itu pulang mengambil dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia enam tahun bersama neneknya.

0 comments:

Post a Comment