Sebenarnya apa yang kami kongsikan ini merupakan salah satu cara yang telah digunakan oleh seorang pelanggan yang menggunakan peluang terselindung dalam memperdayakan sistem penggunaan kad oleh Starbucks ini.
Caranya cukup mudah – anda terlebih dahulu perlu beli atau aktifkan kad Starbucks (RM20) sebanyak 365 keping iaitu bersamaan dengan 365 hari dalam setahun. Kemudian daftarkan kad anda bermula dari 1 Januari sehinggalah ke akhir Disember – sebagai hari lahir anda (Starbucks akan beri anda minuman percuma untuk hari lahir anda).
Ini bermakna jika anda mendaftarkan 365 kad mengikut setiap hari selama setahun, maka anda akan dapat minuman percuma sepanjang tahun. Keji sungguh cara ini. Sangat sesuai jika anda batak sangat mahu minum Starbucks.
Memetik laporan yang dikeluarkan di Business Insider, lelaki berkenaan bukan sahaja dapat mencari ruang lopong dalam sistem tersebut malah dalam masa yang sama sangat cerewet tentang kopi yang dipesannya. Sabar sajalah bagi barista yang berhadapan dengan lelaki ini.
Bagaimanapun, kami sendiri tidak pernah mencuba lagi perkara ini di sini tapi kami yakin pasti ada saja manusia yang sanggup melakukan perkara sebegini atas dasar – percuma.
Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment