Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan perkara ini ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi itu di sini pada Khamis.
Memetik laporan mStar Online, penutupan operasi perkhidmatana bas ekspress di Pudu Sentral ini adalah bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang amat teruk berlaku di Kuala Lumpur ini terutamanya pada hari puncak.
“Kita mendapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas ekspres jenis dua tingkat juga tidak dapat memasuki ruang pengambilan penumpang kerana laluan keluar masuk yang agak sempit.
“Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat,” katanya kepada pemberita.
“Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan ke TBS-BTS ini sebaliknya hanya melibatkan semua operasi bas ekspres jarak jauh.”
“Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu-satu masa,” katanya lagi.
Menurut MStar Online lagi, pengusaha bas ekspres di Pudu Sentral perlu menyegerakan pengosongan tapak depoh kenderaan awam tersebut di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Proses pemindahan dari tapak tersebut yang terletak bersebelahan dengan kompleks ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu sudah pun berkuatkuasa 15 Jun lalu sehingga hujung tahun ini.
0 comments:
Post a Comment