[Close x]

[MESTI BACA] PESANAN ROH PADA MANUSIA. PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM.

*Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-
kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau
bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada
saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan
jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami
buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya
jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai
mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu
mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat
jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi
nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak
soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah
mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun
terjaga.

Pada malam itu juga dia memanggil anak
jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda: Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah
satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi: "Kalau orang yang
nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail as

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya.

Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt
menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh
orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt "
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah swt dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan
ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran
dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-
kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali
kepada Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman
yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu. "

Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah
swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar ra: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke
Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung

di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan
berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam
neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Renungkanlah..... 

*Sila panjangkan [SHARE] kisah ini kepada semua saudara islam kita.

0 comments:

Post a Comment