[Close x]

ZALIM!! Bayi 8 Bulan Ditikam 90 Kali Oleh Ibu Kandung. Beruntung Masih Hidup.

Seorang bayi berumur lapan bulan beruntung masih hidup setelah dia ditikam 90 kali oleh ibunya dengan menggunakan gunting, terutama di bahagian mukanya kerana dia menggigit masa dia sedang disusui. Bayi bernama Xiao Bao dan kini dia telah mendapatkan lebih dari 100 jahitan selepas insiden di Xuzhou, Wilayah Jiangsu China timur.
Xiao Bao yang tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya. Mereka hidup dengan mengitar semula sampah. Salah seorang bapa saudara Bao melihat anak saudaranya itu terapung di kolam penuh darah di halaman rumah mereka. Dia segera menghantar Bao ke hospital. Ibu Bao kemudian mengaku dia menikam bayinya setelah Bao menggigit ketika sedang disusui.
Jiran rumah Bao meminta pihak berkuasa tempatan membawa dan merawat dia tapi permintaan itu ditolak. Ternyata penolakan itu berdasarkan laporan yang menyebutkan ibu Bao tidak mengalami gangguan jiwa. Lagi pula, kata kerajaan tempatan, Bao masih mempunyai dua bapa saudara yang boleh mengasuhnya. Penyakit gangguan jiwa masih banyak ditemukan di China dan perubatan moden belum banyak digunakan.
Satu Kajian di empat wilayah China yang diterbitkan pada 2009 menyebutkan menyebutkan sebanyak 91 peratus daripada 173 juta orang dewasa di China mengidap penyakit gangguan mental dan tidak mendapat rawatan profesional.

0 comments:

Post a Comment