[Close x]

KISAH PENGEMIS YANG TERLALU KACAK SEHINGGA MENIDURI RATUSAN WANITA SETAHUN

Seorang pemuda bernama Joe memilih jadi pengemis di sekitar Manhattan, New York. Namun Joe bukan pengemis sembarangan kerana pemuda 26 tahun ini telah menjalani gaya hidup lelaki kaya yang dikelilingi ramai wanita. Bermodalkan empat pasang baju dan rayuan hebat, Joe dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan 156 wanita selama setahun. Joe bahkan mengaku pernah ditawarkan menginap di rumah mereka selama berhari-hari oleh wanita yang ditemuinya.

Pada siang hari, Joe akan menjalankan pekerjaannya sebagai pengemis. Dia juga sering datang ke kedai-kedai sekitar Manhattan untuk mencari sampel percuma produk penjagaan tubuh seperti deodoran dan gel rambut. Kadangkala dia akan menghabiskan wang hasil mengemisnya untuk menjaga penampilannya.

Menurut Joe, di hanya pergi ke kedai untuk merapikan rambut dan menyembur deodoran agar tidak kelihatan seperti gelandangan dan menggoda mana-mana wanita yang disukainya.

Dalam menjalankan aksinya, Joe memilih gadis secara rawak. Dia akan merayu dan bersedia untuk mengahwini mereka. Joe mengaku menjadi gelandangan kerana diusir ibunya yang kerana terlibat dengan dadah. Namun Joe tidak menyesal. Walaupun demikian Joe berpesan agar lelaki lain tidak meniru apa yang dilakukannnya. Sebenarnya Joe merupakan sebahagian daripada gelandangan yang mempunyai pendapatan yang tinggi di bandar-bandar besar di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment