[Close x]

VIRAL!! SEORANG LELAKI MEMBAWA ULAR KE HOSPITAL

Gambar yang memaparkan kakitangan hospital mengangkat ular tedung tersebut kini viral di media sosial. 

KOTA KINABALU – Kemunculan seorang pesakit dengan bangkai ular tedung sepanjang tiga meter di Hospital Daerah Tuaran cetuskan kekecohan.

Ular berkenaan dipercayai telah mengigit pekerja buruh warga Indonesia ketika sedang membuang air di Kampung Serusup di Tuaran sekitar jam 5.30 petang.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Tuaran sejam selepas digigit reptilia berbisa tersebut yang turut ‘dibawa’ bersamanya.

Gambar bangkai ular tedung berkenaan kini tersebar di media sosial yang memaparkan kakitangan hospital berkenaan mengangkatnya.

Difahamkan, pesakit itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini untuk rawatan susulan.

“Pesakit itu dirujuk kepada kami sekitar jam 6.30 petang. Keadaan mangsa agak kritikal namun stabil dan sedar,” kata jurucakap Hospital Daerah Tuaran yang enggan namanya disiarkan.

0 comments:

Post a Comment