[Close x]

GEMPAR!! Dua Rakyat Malaysia Terbunuh, Pihak Berkuasa Buru Suspek

BANGKOK: Seorang lelaki dan seorang wanita warganegara Malaysia telah disahkan antara lapan warga asing yang terbunuh di pengeboman di Bangkok pada malam Isnin.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu, Neoh Jai Aun dan Lim Saw Sek, dipercayai sedang bercuti di Bangkok.

Dalam pengeboman itu, seramai 22 orang terbunuh manakala 123 orang dilaporkan cedera.

Perdana Menteri Thailand, Prayt Chan-O-Cha pada Isnin berkata bom itu ditanam di kuil Erawan Shrine, satu lokasi yang popular dalam kalangan pelancong dan rakyat Thai. Beliau juga menyifatkan serangan itu sebagai 'serangan terburuk' yang pernah belaku pada kerajaannya.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Thai telah mengeluarkan gambar suspek berdasarkan rakaman CCTV di kawasan sekitar.
Menurutnya, mereka kini sedang memburu lelaki tersebut yang dipercayai dari kumpulan anti-kerajaan.

0 comments:

Post a Comment