Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nur Farhana Isa, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang tidur di ruan tamu ke laman Facebook pada 2 Feburri lalu.
Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Farhana sendiri. Kata Farhana, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.
Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” kata Nur Farhana Isa .
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Rozana berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.
0 comments:
Post a Comment