[Close x]

[FAKTA] Pernahkah Anda Terfikir Siapakah Pemilik Sebenar 'Tupperware' Dan Asal Usul Jenama Itu??


JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.

Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untuk wanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.

0 comments:

Post a Comment