Kelihatan tiga orang pengutkuasa sedang berdiri dihadap mak cik berkenaan yang sedang meratap barangnya yang telah 'dijatuhkan' oleh pihak MBI di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Tetapi setelah gambar tersebut dimuatnaik ke laman sosial, maka segala jawapan sebenar kejadian akhirnya terjawab apabila hadir beberapa individu yang menjadi saksi di tempat kejadian yang mengatakan fakta gambar telah diputar belit.
Menurut saksi, makanan yang bersepah tersebut bukanlah dilakukan oleh pihak MBI tetapi dilakukan sendiri oleh mak cik berkenaan kerana memprotes tindakan MBI berkenaan.
Jadi kita tidak haruslah mudah membuat kesimpulan hanya berdasarkan gambar, lebih-lebih lagi gambar yang dimuatnaik berkenaan tidak menunjukkan lansung pun pihak MBI memegang atau menyentuh barangan atau mak cik berkenaan.
0 comments:
Post a Comment