[Close x]

GEMPAR!! Ayahanda Rani Kulup Kipidap Masuk Campur Kes Lelaki Bangla DITAMPAR

KUALA LUMPUR: Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia, Abdul Rani Kulup menyifatkan tindakan seorang lelaki tempatan menampar dan memukul seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh selepas dikatakan mengotorkan kenderaannya adalah tidak salah.

Sebaliknya, menurut Abdul Rani yang mesra dengan panggilan ayah, pemilik pusat cuci kenderaan dan pekerja Bangladesh itu yang harus dipersalahkan berikutan insiden tersebut.

“Nasib baik dia pukul, kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,” katanya dipetik laporan sebuah portal berita, hari ini.

Abdul Rani yang terkenal dengan tagline atau hashtag kipidap berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Tambah Abdul Rani, pemilik premis perniagaan harus melatih pekerja-pekerja asing supaya lebih menghormati pelanggan.

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesen minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan, hati pelanggan sejuk,” ujarnya.

Abdul Rani turut meluahkan kekecewaan terhadap sikap pekerja asing yang dikatakan berlaku di kedai makan dan restoran sehingga mendatangkan kemarahan dalam kalangan pelanggan.

“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” katanya.

Semalam pihak polis mengesahkan telah menahan seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja warga Bangladesh dalam kejadian di Subang Perdana Sabtu lepas.

0 comments:

Post a Comment