[Close x]

Pasti Anda TERKEJUT Selepas Dapat Tahu Kenapa Bayi² Ini Ditanam Dalam Pokok

‘Kubur pokok’ mungkin kedengaran aneh sekali , namun ini yang benar-benar wujud dan berlaku di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan, Jakarta kira-kira 200 kilometer ke utara Makassar.

Kubur pokok itu dijadikan tempat ‘ditanam’ bayi di dalam pokok hidup bagi membolehkan mereka ‘diserap’ oleh alam semula jadi.

Penduduk kampung akan membuat lubang pada batang pokok yang besar sebelum menempatkan mayat bayi mereka yang dikafankan di dalamnya.

Lubang itu kemudian ditutup dengan serat palma. Penduduk percaya lama kelamaan mayat bayi itu diserap pokok berkenaan sementara rohnya diterbangkan oleh angin
.
Sebatang pokok besar boleh menempatkan puluhan mayat bayi dan hanya mereka belum tumbuh gigi saja ditanam sedemikian.

Upacara pengebumian dilihat sebagai tradisi utama masyarakat Torja dan sering berlangsung selama beberapa hari.

0 comments:

Post a Comment