[Close x]

[8 GAMBAR] SAYU... SUAMI TELAH PERGI... ISTERINYA MASIH KRITIKAL DI HOSPITAL

Pagi tadi sebuah rombongan pengantin yang dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan pengantin lelaki Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dan tiga yang lain terkorban manakala pengantin perempuan Noraliza, 18, parah selepas tangan dan paha kirinya patah dan kini dirawat Hospital Besut.
INFO YANG MENGATAKAN PENGANTIN WANITA MENINGGAL .. PALSU ?
Tiga penumpang lain yang terkorban ialah ibu pengantin perempuan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Menurut sumber, kedua-dua pengantin ini baru diijabkabulkan sekali majlis kenduri di rumah pengantin perempuan yang telah berlangsung semalam, hari ini mereka dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan.
* PERHATIAN ... Info terbaru khabar yang menyatakan isteri mangsa kemalangan telah meninggal dunia adalah PALSU seperti yang tersiar sebelum ini ..segala kekilafan yang di siarkan admin mohon maaf.


0 comments:

Post a Comment