[Close x]

Akhirnya Che Ta Dedahkan Punca Sebenar Gambar Percutiannya Seperti Gambar Professional! Menggemparkan!

Jika anda perasan (kami tahu anda perasan), gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram pelakon dan juga usahawan wanita berjaya Rozita Che Wan atau Che Ta kini semuanya sudah cantik dan kemas-kemas belaka. 

“Senang cerita, kita bercuti ini cukup pose sahaja dan ada orang ambilkan gambar. Nak harap ambil gambar sendiri, nanti macam-macam boleh jadi dan serba tak kena. Gambar sengetlah …itulah …inilah” 

“Tak payah nak pegang telefon bimbit atau kamera. Kita serahkan kepada yang pakar,” katanya kepada BH Online. Lebih menarik lagi, tiket penerbangan dan juga penginapan jurugambar tersebut pastinya adalah di bawah tanggungan Che Ta. Untunglah abang photographer. 

Jika anda ingin tahu, Che Ta kini berada di London dan kenapa mereka sekeluarga bercuti di London sebenarnya ia juga adalah hadiah pra lahir buat Aaisyah manakala majlis sambutan hari lahir pada 1 November nanti akan di adakan di ibu kota, bertemakan Enchanted Garden Party. 

Jika anda pun mengalami masalah sukar mengambil gambar percutian yang menarik, bolehlah gunakan cara yang dilakukan oleh pelakon ini. Apa pun, semoga Che Ta dan keluarga selamat pergi dan pulang.

0 comments:

Post a Comment