[Close x]

Punca SEBENAR Tun Mahathir Hadir Pada Sidang Media TERGEMPAR Hari Ini

Putrajaya, 12 Okt - Hari ini, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal membuat kejutan besar dengan tampil menghadiri sidang media bersama-sama bagi menyatakan perasaan tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin sebelum ini ditahan kerana membuat laporan kepada FBI mengenai isu 1MDB. Peguam Khairuddin, Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media tersebut berlangsung di putrajaya pada hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal yang turut bersama-sama dalam sidang media itu sebelum ni digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[KEMASKINI]

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi 'mesej' tindakan akan diambil kepada mereka yang melaporkan sesuatu berkenaan kesalahan yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

"Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Ini perkara biasa... kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas memetik laporan mStar Online.

Sidang media itu mengejutkan ramai apabila turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

0 comments:

Post a Comment