Sedar tidak sedar, adik beradik kembar kini sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23m Subang Jaya aliran Sains Tulen menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
"Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi.
"Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu jumpa kawan-kawan," katanya.
Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik-beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu. Malah, mereka juga bertuah dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa membantu sewaktu mereka di sekolah.
"Setiap hari ayah akan mendukung kami sampai ke kelas. Mujurlah kelas kami di tingkat satu jadi ayah taklah penat sangat.
0 comments:
Post a Comment